Ahad, 30 Disember 2012

Maksud perkataan It

Berikut adalah maksud-maksud perkataan it sebagai pronoun:
  1. merujuk kepada kebendaan:
    1. Please wash the car until it is clean. Sila cuci kereta itu sehingga ia bersih.
    2. Don't touch the wall because its paint is still wet. Jangan sentuh dinding itu sebab catnya masih basah.
  2. merujuk kepada keadaan:
    1. The darkness there makes me afraid of it. Kegelapan di sana membuat saya menakutinya.
    2. Move along because it is not safe to be here. Teruskan bergerak sebab ia tidak selamat untuk berada di sini.
  3. merujuk kepada manusia yang belum diketahui:
    1. Was it a man? Adakah ia seorang lelaki?
    2. It doesn't look like a human but like a bear. Ia tidak kelihatan seperti manusia tetapi seperti seekor beruang.
  4. merujuk kepada haiwan:
    1. No, it was a cat. Tidak, ia seekor kucing.
    2. Have you seen my hamster because it was here just now. Adakah awak nampak tikus belanda saya sebab ia berada di sini baru tadi.
  5. merujuk kepada keadaan yang kritikal: 
    1. This is it, our basketball team is losing this game. Inilah dia (atau habislah), pasukan bola keranjang kita sedang mengalami kekalahan pada pertandingan ini. 
    2. Thats it, I don't want to go swimming in that lake anymore. Itu dia (atau sudahlah), saya tidak mahu pergi berenang di dalam tasik itu lagi.
  6. merujuk kepada yang terbaik: 
    1. The clown thinks he is it. Badut itu menyangka dia adalah ia (yang terbaik)
    2. Only just now the high jump runner-up thought she was it. Baru tadi naib johan acara lompat tinggi itu menyangka dialah ia (pemenang pertama).
  7. menjadi subjek kepada impersonal verb iaitu perkataan it merujuk kepada sesuatu secara tidak jelas: 
    1. It rains. Ia hujan.
    2. It is snowing. Ia sedang salji.
    3. It is six o'clock. Ia jam enam.
    4. It seems logic. Ia nampaknya logik.