Ahad, 2 Disember 2012

Fahamilah perkataan Inggeris Key

Find the key to Teacher Zack's heart and you will discover the secrets of mastering English Language. Carilah kunci ke hati Teacher Zack dan anda akan membongkar rahsia kemahiran Bahasa Inggeris. Key adalah perkataan Inggeris yang pada dasarnya memberi maksud kunci. Perkataan key boleh digunakan sebagai noun, adjective atau verb.

Perkataan key sebagai noun
Plural majmuk untuk perkataan key adalah keys. Sebagai noun perkataan Inggeris key mempunyai banyak maksud dan sebahagian darinya adalah seperti berikut:
  1. alat kunci yang diperbuat dari logam besi: Where did I put my car keys? Dimanakah saya telah meletakkan kunci kereta saya?
  2. alat kunci yang diperbuat dari plastik: You have to slice the key card to unlock the door. Anda perlu menghiris kad kunci itu untuk membuka pintu itu.
  3. jawapan, capaian: The key to happiness is to always remember Allah swt. Kunci kepada kebahagiaan adalah sentiasa mengingati Allah swt.
  4. akses, laluan: You need a key word to decode the computer software. Awak memerlukan kata kunci untuk menyahkodkan perisian komputer itu.
  5. papan kekunci komputer: My smart phone keypad is stuck! Papan kekunci telefon pintar saya tersekat!
  6. papan jari alat muzik (piano, organ): The keyboard of this piano is broken. Papan jari piano ini sudah rosak.
  7. not dasar (bunyi muzik): The sound of that keynote you just played is a middle C on the piano. Bunyi not dasar yang awak baru mainkan itu adalah C tengah pada piano.
  8. nada: Sing in a high key and not in a low key. Nyanyilah pada nada tinggi dan bukan nada rendah.
Perkataan key sebagai adjective
Sebagai adjective perkataan Inggeris key memberi maksud utama:
  1. Our defeat in last night's bowling competition will be made a key discussion in tomorrow's meeting. Kekalahan kita pada pertandingan bowling malam tadi akan dijadikan suatu perbincangan utama di dalam mesyuarat esok.
  2. The key job of this company is to produce and not to sell. Kerja utama syarikat ini adalah untuk menghasilkan dan bukan untuk menjual.
  3. The Chaiman Of The Board is the key person that you should meet. Pengerusi Lembaga Pengarah adalah orang utama yang anda patut berjumpa.
Perkataan key sebagai verb
Perkataan Inggeris key boleh digunakan sebagai regular verb dan ia mempunyai 5 bentuk iaitu to key, key, keyed, keying dan keys. Sebagai verb perkataan key boleh memberi beberapa maksud termasuk mengunci, merakam, mengubah, menggubah, memasukkan, atau mencatat.
  1. to key boleh memberi maksud untuk mengubah: The artist came to key the colors of this portrait with a duotone theme. Pelukis itu telah datang untuk mengubah warna potret ini dengan tema dwiton.
  2. key boleh bermaksud mencatat: Make sure you only key the important points. Pastikan anda hanya mencatat perkara penting.
  3. keyed boleh memberi maksud telah menggubah: As usual the famous public speaker keyed his speech very well. Seperti biasa penceramah umum terkenal itu telah menggubah ucapannya dengan sungguh baik.
  4. keying boleh memberi maksud sedang memasukkan: The data entry group is keying data into the mainframe computer now. Kumpulan pemasukan data sedang memasukkan data ke dalam komputer kerangka utama sekarang.
  5. keys hanya boleh digunakan untuk pihak ketiga tunggal iaitu he dia, she dia atau it ia serta boleh memberi maksud menggubah: The guitarist keys his song with a low tone. Pemain guitar itu menggubah lagunya dengan nada yang rendah.
Maklumat terperinci mengenai regular verb dan bentuk-bentuk verb boleh didapati di dalam ebook Verb dan Tense karya Teacher Zack.