Selasa, 1 Januari 2013

Jom belajar perkataan That

Di bawah adalah penggunaan serta maksud-maksud perkataan that. Plural jamak untuk perkataan that adalah those.

Perkataan that sebagai pronoun
Sebagai pronoun perkataan that menggantikan noun.
  1. that memberi maksud itu:
    1. That is my brother. Itu adalah abang saya.
    2. The lecturer got angry and after that he fainted. Pensyarah itu marah dan selepas itu dia pengsan.
    3. What kind of drinks are those? Minuman jenis apakah semua itu?
    4. Teacher Zack prefers this shoe than that. Teacher Zack lebih gemar kasut ini dari yang itu.
  2. that memberi maksud yang:
    1. The refrigerator that my cousin bought is faulty. Peti sejuk yang sepupu saya telah beli sudah rosak.
    2. It is this gold bracelet that my wife likes. Gelang emas inilah yang isteri saya suka.
    3. Those were the ones my fiancee prefers. Yang itulah tunang saya lebih gemari.
    4. These newspapers were those printed earlier. Akhbar-akhbar ini adalah yang dicetak dahulu.
Perkataan that sebagai adjective
Sebagai adjective perkataan that mengubah noun.
  1. That man is a thief. Lelaki itu adalah pencuri.
  2. My daughter is afraid of those insects. Anak perempuan saya menakuti serangga-serangga itu.
  3. That one is hers. Yang itu milik dia.
Perkataan that sebagai adverb
Sebagai adverb perkataan that mengubah adjective atau adverb yang lain.
  1. I don't like him that much. Saya tidak sukakan dia sebanyak itu.
  2. Was the fish that big? Adakah ikan itu sebesar itu?
  3. How could the wrestler be that strong? Bagaimanakah ahli gusti itu boleh menjadi sekuat itu?
Perkataan that sebagai conjunction
Sebagai conjunction perkataan that menyambung klausa.
  1. I am certain. + He is the one. = I am certain that he is the one. Saya yakin bahawa dia adalah orangnya.
  2. The security guard was not sure. + He saw the woman. = The security guard was not sure that he saw the woman. Pengawal keselamatan itu tidak pasti yang dia nampak wanita itu.
  3. Mom is hoping. + She would arrive on time. = Mom is hoping that she would arrive on time. Ibu sedang mengharapkan agar dia akan tiba pada masa yang sepatutnya.