Sabtu, 27 Julai 2013

Perniagaan online mudah? Jangan mudah terpedaya.

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Online business is easy? Don't be easily mislead.



Perkataan Bahasa Inggeris business sebagai noun

Plural untuk perkataan business adalah businesses. Maksud business sebagai noun adalah:
  1. perniagaan: 
    1. Saya bekerja di perniagaan pemborong makanan. - I work in a wholesale food business.
    2. Perniagaan Encik Hamid adalah penternakan ayam. - Encik Hamid's business is poultry farming.
    3. Kami sudah berada dalam perniagaan sejak 1961. - We have been in business since 1961.
    4. Perniagaan online memerlukan pengetahuan asas media, HTML, SEO dan sebagainya. - Online business requires basic knowledge of media, HTML, SEO, etc.
  2. urusan: 
    1. Apa yang saya buat bukan urusan awak. - What I do is none of your business.
    2. Jaga urusan awak sendiri. - Mind your own business.
    3. Bukan urusan sesiapa pun bagaimana saya membelanjakan duit saya. - It's nobody's business how I spend my money.
    4. Pergi, awak tidak ada urusan di sini! - Leave, you have no business here!
  3. hal:
    1. Kami tidak akan meneruskan lagi dalam hal ini. - We will proceed no further in this business.

Perkataaan Bahasa Inggeris business sebagai adjective

Sebagai adjective, perkataan business memberi keterangan kepada noun atau pronoun contohnya business affairs, business town, business process, business trip, atau sebagainya. Maksud business sebagai adjective dalam Bahasa Inggeris adalah:
  1. perniagaan:
    1. Saya melakukan perkara ini atas urusan perniagaan. - I am doing this on business affairs.
    2. Saya dalam perjalanan urusan perniagaan ke Kelantan. - I am on a business trip to Kelantan.
    3. Kuala Lumpur adalah suatu bandar perniagaan yang baik. - Kuala Lumpur is a good business town.

Perkataaan Bahasa Inggeris business dalam idiom

  1. get down to business bermaksud menumpukan kerja, serius
    1. Akhirnya mereka menumpukan kerja dan menandatangani kontrak itu. - They finally got down to business and signed the contract.
    2. Hentikan membuang masa dan tumpukan kerja! - Stop wasting time and get down to business!
  2. have no business bermaksud tiada hak
    1. Awak tiada hak untuk campur tangan dalam hal rumah-tangga saya. - You have no business meddling in my marriage problems.
    2. Awak tiada hak masuk ke dalam rumah ini. - You have no business coming into this house.

Perkataaan Bahasa Inggeris business dalam slang

  1. like nobody's business bermaksud hal yang keterlaluan:
    1. Saleha membelanjakan duitnya macam air. - Saleha spends her money like nobody's business.
    2. Pelatih itu bercakap tanpa segan silu. - The trainee talks like nobody's business.
    3. Lelaki itu makan dengan sepuas-puas hati. - That man eats like nobody's business.

Perkataan / frasa Bahasa Inggeris yang berkaitan dengan perkataan business

  1. kad nama - business card
  2. alamat pejabat - business address
  3. kitar niaga - business cycle
  4. kejayaan perniagaan - business success
  5. proses perniagaan - business process
  6. pelancongan niaga - business tourism
  7. kaedah perniagaan - business method
  8. perniagaan online - online business