Isnin, 22 Julai 2013

Adakah cinta berlainan agama pengisar iman?

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Is love amongst different religion a faith grinder?


Perkataan Bahasa Inggeris different sebagai adjective

Sebagai adjective, perkataan different menyifatkan noun atau pronoun contohnya different cats, different faith, this is different, we are different, atau sebagainya. Maksud different sebagai adjective adalah:
  1. berlainan: 
    1. You two are different. - Kamu berdua berlainan.
    2. There are three different answers. - Terdapat tiga jawapan yang berlainan.
    3. Different people told me the same story. - Orang-orang yang berlainan telah menceritakan kepada saya kisah yang sama.
    4. Ahmad and Hakim took different approaches in dealing with that problem. - Ahmad dan Hakim telah mengambil pendekatan yang berlainan dalam menghadapi masalah itu.
    5. That is a different matter. - Itu adalah suatu hal yang berlainan.
    6. I have a different point of view. - Saya ada pendekatan yang berlainan.
    7. That book is different. - Buku itu berlainan.
    8. Is love amongst different religion permissible in Islam? - Adakah cinta berlainan agama dibenarkan dalam Islam?
    9. I feel like eating something different. - Saya terasa untuk makan sesuatu yang berlainan.
  2. lain: 
    1. That is a different book. - Itu buku yang lain.
    2. Mr. James interviewed a different person yesterday. - Mr. James telah menemuramah orang yang lain semalam.
    3. Different told, different done. - Lain yang disuruh, lain yang dibuat.
    4. Can you show me a different cloth? - Bolehkah awak menunjukkan kepada saya kain yang lain?
    5. Don't call Rahimah, but call a different person. - Jangan panggil Rahimah, tetapi panggil orang lain.

Bentuk-bentuk perkataan Bahasa Inggeris different

  1. differently (adverb) bermaksud secara yang berlainan: 
    1. Susan sang the song differently than Haliza. - Susan telah menyanyikan lagu itu secara berlainan daripada Haliza.
    2. Why are you walking differently today? - Kenapakah awak berjalan secara berlainan hari ini?
  2. differentness (noun) bermaksud kelainan: 
    1. Haliza sang the song with differentness if compared to Susan. - Haliza telah menyanyikan lagu itu dengan kelainan jika dibandingkan dengan Susan.
    2. Why is there a differentness in the way you walk today? - Kenapa terdapat kelainan dalam cara awak berjalan hari ini?

Perkataan-perkataan yang berkaitan dengan perkataan Bahasa Inggeris different

  1. differentiable (adjective) bermaksud boleh dibezakan: 
    1. Your left ear and your right ear is differentiable. - Telinga kiri awak dan telinga kanan awak boleh dibezakan.
    2. The thickness of that cloth is differentiable from the thickness of this cloth. - Ketebalan kain itu boleh dibezakan daripada ketebalan kain ini.
  2. difference (noun) bermaksud perbezaan:
    1. What is the difference between five and two? - Apakah perbezaannya di antara lima dan dua?
    2. Can you see the difference? - Bolehkah awak melihat perbezaannya?