Rabu, 10 Julai 2013

Kita mesti berpuasa dalam bulan Ramadhan, إن شاء الله

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: We must fast during the month of Ramadhan, if الله wills.


Perkataan Bahasa Inggeris must sebagai verb

Sebagai verb, perkataan must adalah jenis auxiliary verb yang digunakan bersama main verb atau auxiliary verb yang lain, contohnya must walk, must come, must think, must be here, must have known, must have been knowing, atau sebagainya. Maksud-maksud perkataan must adalah:
  1. mesti: 
    1. You must keep your word. - Awak mesti berpegang pada janji.
    2. All students must pass the Physics examination. - Semua murid-murid mesti lulus ujian Fizik.
    3. You must obey the law. - Anda mesti mentaati undang-undang.
    4. We must hurry! - Kita mesti cepat!
    5. I must say, your dress is very pretty. - Saya mesti katakan, baju awak sungguh cantik.
    6. Talk to your son, you must. - Bercakaplah dengan anak awak, awak mesti.
    7. Go now, you must. - Pergi sekarang, awak mesti.
    8. Must I? - Mestikah saya?
    9. Yes, you must. - Ya, awak mesti.
  2. tentu: 
    1. I must have been sleeping. - Saya tentu telah tertidur.
    2. The detective must have seen me. - Detektif itu tentu telah nampak saya.
    3. The pilot must have known about the hijacking. - Juruterbang itu tentu telah mengetahui mengenai rampasan itu.

Perkataan Bahasa Inggeris must sebagai adjective

Sebagai adjective, perkataan must menyifatkan noun atau pronoun, contohnya must clothing, must language, must event, atau sebagainya. Maksud perkataan must sebagai adjective adalah kemestian, seperti berikut:
  1. A raincoat is a must clothing in this area.- Baju hujan adalah pakaian kemestian dalam kawasan ini.
  2. Arabic is a must language if you are in the Middle East. - Arab adalah bahasa kemestian jika anda berada di Timur Tengah.
  3. Hari Kantin is a must event in every school. - Hari Kantin adalah acara kemestian dalam tiap-tiap sekolah.

Perkataan Bahasa Inggeris must sebagai noun

Sebagai noun, perkataan must memberi maksud kemestian, seperti berikut:
  1. This law is a must. - Undang-undang ini adalah suatu kemestian.
  2. Getting enough sleep is a must. - Mendapat tidur yang secukupnya adalah suatu kemestian.