Khamis, 11 Julai 2013

Jualan Hari Raya sehingga 70% diskaun untuk barang kelengkapan rumah terpilih!

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Hari Raya Sale up to 70% discount on selected home furnishing products!


Perkataan Bahasa Inggeris home sebagai noun

Maksud-maksud perkataan home sebagai noun adalah:
  1. rumah:
    1. Please come home. - Harap pulang ke rumah.
    2. Can I go home now? - Bolehkah saya pulang ke rumah sekarang?
    3. That old woman was brought to a nursing home. - Wanita tua itu telah dibawa ke rumah penjagaan.
  2. tempat tinggal:
    1. I no longer have a home. - Saya sudah tiada tempat tinggal lagi.
    2. Even animals need homes. - Sedangkan haiwan memerlukan tempat tinggal.

Perkataan Bahasa Inggeris home sebagai adjective

Sebagai adjective, perkataan home memberi keterangan kepada noun atau pronoun, contohnya home cooking, home furnishing, home products, home care, home office, atau sebagainya. Maksud-maksud perkataan home sebagai adjective adalah:
  1. Most people prefer home cooking. - Kebanyakan orang lebih suka masakan rumah.
  2. That shop sells expertly crafted home furnishings. - Kedai itu menjual kelengkapan rumah yang berkesenian tinggi.
  3. A home care for the elderly is available here. - Penjagaan rumah untuk orang-orang tua terdapat di sini.
Perkataan Bahasa Inggeris home sebagai adverb
Sebagai adverb, perkataan home memberi keterangan kepada verb, adjective atau adverb yang lain, contohnya go home, coming home, take home, drive home, atau sebagainya. Maksud-maksud perkataan home sebagai adverb adalah:
  1. When will you be coming home? - Bilakah awak akan pulang ke rumah?
  2. I will be going home for lunch? - Saya akan pulang ke rumah untuk makan tengahari.
  3. Are you taking the train or driving home? - Adakah awak akan mengambil tren atau memandu ke rumah?
  4. I'll be driving home and I'm also taking home some packets of nasi ayam. - Saya akan memandu ke rumah dan saya juga akan membawa pulang ke rumah beberapa bungkus nasi ayam.

Perkataan Bahasa Inggeris home sebagai verb

Sebagai verb, perkataan home adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to home - infinitive
  2. home - base
  3. homed - past simple / past participle
  4. homing - present participle
  5. homes - present simple
Maksud-maksud perkataan home sebagai verb dalam Bahasa Inggeris adalah:
  1. menujukan: Home the missile on the target, over. - Tujukan misil tepat kepada sasaran, over.
  2. menyasarkan: 
    1. Roger that, homing missile on target now. - Roger, menyasarkan misil tepat ke sasaran sekarang.
    2. The investigators are homing in on the truth. - Penyiasat-penyiasat sedang menyasar kepada kebenaran.
  3. menempatkan: 
    1. Mom homes the kittens in the garage. - Ibu menempatkan anak-anak kucing itu di dalam garaj.
    2. The old man was homed in this shack for three years. - Orang tua itu telah ditempatkan dalam teratak ini selama tiga tahun.

Perkataan Bahasa Inggeris home dalam idiom

  1. at home bermaksud:
    1. di rumah: Tell him I'm not at home. - Beritahu dia saya tidak berada di rumah.
    2. selesa: Puan Noraini knows how to make people feel at home. - Puan Noraini mengetahui cara membuat orang berasa selesa.
  2. home free bermaksud pencapaian, berjaya: If we can finish more than half the work today, we'll be home free. - Jika kita dapat menghabiskan lebih daripada separuh kerja itu hari ini, kita akan sudah berjaya.