Rabu, 17 Julai 2013

Sukakah anda mendengar Nasional FM di Malaysia?

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Do you like to listen to National FM in Malaysia?


Perkataan Bahasa Inggeris national sebagai adjective

Sebagai adjective, perkataan national menyifatkan noun atau pronoun, contohnya national anthem, national origin, national trait, national landmark, atau sebagainya. Maksud perkataan national sebagai adjective adalah:
  1. kebangsaan, nasional:
    1. The national anthem of Malaysia is Negaraku. - Lagu kebangsaan Malaysia ialah Negaraku.
    2. This is a national affair. - Ini adalah urusan kebangsaan.
    3. Amongst Malaysia's national landmarks are National Zoo, National Museum, National Monument and National Planetarium. - Di antara mercu tanda Malaysia adalah Zoo Negara, Muzeum Negara, Tugu Negara dan Planetarium Negara.

Perkataan Bahasa Inggeris national sebagai noun

Plural (majmuk) untuk perkataan national adalah nationals. Maksud perkataan national sebagai noun adalah:
  1. warganegara: 
    1. Two Malaysian nationals were involved in a road accident in London. - Dua warganegara Malaysia terlibat dalam kemalangan jalanraya di London.
    2. Mohamed is a Palestinian national living in Malaysia. - Mohamed adalah warganegara Palestin yang tinggal di Malaysia.

Perkataan-perkataan lazim yang berkaitan dengan perkataan Bahasa Inggeris national

Di bawah adalah sebahagian daripada perkataan-perkataan lazim yang perlu diketahui:
  1. national anthem - lagu kebangsaan
  2. national park - taman negara
  3. national income - pendapatan negara
  4. national debt - hutang negara
  5. national income - pendapatan negara
  6. national bank - bank negara
  7. national saving bank - bank simpanan nasional
  8. national integrity - keutuhan bangsa
  9. national interest - kepentingan negara
  10. national committee - jawatankuasa umum
  11. national service - khidmat negara
  12. national disaster - bencana negara
  13. national brand - jenama nasional
  14. national newspaper - surat khabar nasional
  15. national news - berita nasional
  16. national water - perairan negara

Bentuk perkataan yang berkaitan dengan perkataan Bahasa Inggeris national

  1. nationally (adverb) bermaksud:
    1. dari sudut kepentingan kebangsaan: This issue must be considered nationally. - Hal ini mesti dipertimbangkan dari sudut kepentingan kebangsaan.
    2. diseluruh negara: Mr. Johnson is a nationally known economist. - Mr. Johnson adalah seorang ahli ekonomi yang terkenal diseluruh negara.