Selasa, 2 Julai 2013

Saya mempercayai bahawa tiada tuhan melainkan الله dan محمد adalah pesuruh الله

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: I believe that there is no god but الله and محمد is the messenger of الله.


Perkataan Bahasa Inggeris believe sebagai verb

Sebagai verb, perkataan believe adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to believe - infinitive
  2. believe - base
  3. believed - past simple / past participle
  4. believing - present participle
  5. believes - present simple
Sebagai verb, perkataan believe memberi maksud percaya, mempercayai, dipercayai, atau sebagainya, seperti berikut:
  1. to believe: I find it hard to believe what the salesman said. - Saya mendapati sukar untuk mempercayai apa yang penjual itu telah katakan.
  2. believe: I believe you. - Saya mempercayai awak.
  3. believed (past simple): The judge believed the statement made by the witness. - Hakim telah mempercayai kenyataan yang telah dibuat oleh saksi itu.
  4. believed (past participle): The fugitive was believed to be headed for the Thailand border. - Banduan pelarian itu dipercayai akan menuju ke sempadan Thailand.
  5. believing: Are you believing that story? - Adakah awak mempercayai cerita itu?
  6. believes: Encik Azman believes that his uncle is involved in an accident. - Encik Azman mempercayai bahawa pakciknya terlibat dalam kemalangan.

Perkataan Bahasa Inggeris believe dalam phrasal verb

  1. believe in bermaksud meyakini, mempercayai, beriman: You must believe that محمد is an apostle. - Anda mesti meyakini bahawa محمد adalah seorang nabi.

Bentuk-bentuk perkataan yang berkaitan dengan perkataan Bahasa Inggeris believe

  1. believer (noun) bermaksud seorang yang mempercayai: Zaidi is a believer in Islam. - Zaidi adalah seorang yang mempercayai dalam Islam.
  2. believable (adjective) bermaksud seseorang atau sesuatu yang boleh dipercayai: Zaidi told a believable story. - Zaidi telah menceritakan sebuah cerita yang boleh dipercayai.
  3. believably (adverb) bermaksud secara yang boleh dipercayai: Zaidi believably told the story. - Zaidi secara yang boleh dipercayai telah menceritakan cerita itu. (atau 'Zaidi telah menceritakan cerita itu secara yang boleh dipercayai.')
  4. believingly (adverb) bermaksud dengan keyakinan: Zaidi believingly told the story. - Zaidi dengan yakinnya telah menceritakan cerita itu.