Khamis, 25 Julai 2013

25 kata mutiara romantik untuk membuat pasangan anda tergilakan anda

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: 25 romantic words of wisdom to make your partner fall madly in love with you.


Perkataan Bahasa Inggeris word sebagai noun

Plural untuk perkataan word adalah words. Maksud word sebagai noun adalah:
  1. perkataan: What is the meaning of the word confine? - Apakah maksud perkataan confine?
  2. kata: May I say a word about that? - Bolehkah saya memberikan sepatah kata mengenainya.
  3. kata-kata, percakapan:  Action speaks louder than words. - Aksi lebih berkesan daripada kata-kata.
  4. kata demi kata: The boy told that story word by word. - Kanak-kanak lelaki itu menceritakan kisah itu kata demi kata.
  5. janji: Do you keep your word? - Adakah anda berpegang pada janji?
  6. perintah, suruhan: Sir, the General gave the word to attack. - Tuan, Jeneral telah memberikan perintah untuk menyerang.
  7. berita: Any word on your examination results? - Terdapatkah berita mengenai keputusan ujian awak?
  8. khabar angin: Word has it that Jo dan Sali are divorcing. - Terdapat khabar angin bahawa Jo dan Sali akan bercerai.

Perkataan Bahasa Inggeris word sebagai verb

Sebagai verb, perkataan word adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to word - infinitive
  2. word - base
  3. worded - past simple / past participle
  4. wording - present participle
  5. words - present simple
Maksud word sebagai verb dalam Bahasa Inggeris adalah menyusun kata-kata, seperti berikut:
  1. Cik Norma words her speech carefully. - Cik Norma menyusun kata-kata ucapannya secara berhati-hati.
  2. You need to word the song to express love. - Anda perlu menyusun kata-kata lagu itu untuk melahirkan perasaan cinta.
  3. I'll give you the contract draft as soon as I've finished wording it. - Saya akan memberi draf kontrak itu kepada anda sejurus selepas saya habis menyusun kata-katanya.
  4. Who worded the 25 romantic words of wisdom? - Siapakah yang telah menyusun kata-kata 25 kata mutiara romantik itu?

Perkataan Bahasa Inggeris word dalam idiom

  1. at a word bermaksud tindak balas segera: At a word the firemen came to control the situation. - Dengan tindak balas segera ahli-ahli bomba telah datang untuk mengawal keadaan.
  2. have a word bermaksud bercakap sebentar: May I have a word with you? - Bolehkah saya bercakap sebentar dengan awak?