Isnin, 8 Julai 2013

Abang, nak minum kopi sebelum masuk tidur?

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Abang, would you like to have coffee before going to bed?


Perkataan Bahasa Inggeris before sebagai preposition

Sebagai preposition, perkataan before memberi petunjuk kepada noun atau pronoun, contohnya before noon, before me, before the window, before Islam, atau sebagainya. Sebagai preposition, maksud-maksud perkataan before adalah:
  1. sebelum: 
    1. Don't call me before noon. - Jangan menelefon saya sebelum tengahari.
    2. Love before marriage or marriage before love? - Cinta sebelum kahwin atau kahwin sebelum cinta?
  2. hadapan: 
    1. Why are you standing before me. - Kenapakah awak berdiri di hadapan saya?
    2. The famous poet stood before the window. - Penyair terkenal itu berdiri di hadapan tingkap.
    3. As a young man, Zubir's life lies before him. - Sebagai seorang lelaki muda, hidup Zubir terletak di hadapannya.
  3. menghadapi: The King demanded that the sorcerer be brought before him. - Raja itu telah memerintahkan supaya ahli sihir itu dibawa menghadapnya.
  4. daripada: The Zzakayn Army would rather die before surrendering. - Tentera Zzakayn lebih rela mati daripada menyerah diri.
  5. pertimbangan, bidang kuasa: The murder case is now before the court. - Kes pembunuhan itu kini di dalam bidang kuasa mahkamah.
  6. mendahului:
    1. The prince is before his brother in the line of succession. - Putera itu mendahului adiknya dalam pewarisan takhta.
    2. The Cuncunpang government put military capability before economic stability. - Kerajaan Cuncunpang meletakkan kekuatan ketenteraan mendahului kestabilan ekonomi.

Perkataan Bahasa Inggeris before sebagai adverb

Sebagai adverb, perkataan before memberi keterangan kepada adjective, verb, atau adverb lain, contohnya day before, walking before, known before, atau sebagainya. Maksud-maksud perkataan before sebagai adverb adalah:
  1. sebelum: 
    1. My cousin called the day before. - Sepupu saya telah menelefon sehari sebelum hari ini (atau sehari lepas).
    2. If I had known before, I would have told you. - Jika saya sudah mengetahui sebelum ini, saya akan sudah memberitahu awak.
    3. Begin at noon, not before. - Mulakan pada tengahari, bukan sebelumnya.
  2. hadapan: The king entered with macebearers walking before. - Raja telah masuk dengan pembawa-pembawa cokmar berjalan di hadapan.

Perkataan Bahasa Inggeris before sebagai conjunction

Perkataan before boleh digunakan sebagai subordinating conjunction. Maksud-maksud perkataan before sebagai subordinating conjunction adalah:
  1. sebelum: Send the fax before we go. - Hantar faks itu sebelum kita pergi.
  2. daripada: I will die before I surrender. - Saya rela mati daripada menyerah.