Khamis, 18 Julai 2013

Buat duit online tanpa kos!

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Make money online with no cost!


Perkataan Bahasa Inggeris money sebagai noun

Plural (majmuk) untuk perkataan money adalah moneys atau monies.
  1. duit, wang:
    1. Mom, can I have some money. - Ibu, bolehkah saya diberi sedikit wang.
    2. I left my money at home. - Saya telah tertinggal duit saya di rumah.
    3. We need to raise money for this new playground. - Kita perlu mengumpul wang untuk taman permainan yang baru ini.
    4. These are monies set aside for research activities. - Ini adalah wang yang diasingkan untuk aktiviti-aktiviti kajian.
  2. gaji, upah:
    1. The job is difficult, but the money is good. - Kerjanya susah, tetapi gajinya berbaloi.
    2. I got paid good money for painting that big house. - Saya diberi upah yang lumayan untuk mengecat rumah besar itu.

Perkataan Bahasa Inggeris money sebagai adjective

Sebagai adjective, perkataan money menyifatkan noun atau pronoun, contohnya money purse, money drawer, money box, money belt, atau sebagainya. Maksud money sebagai adjective adalah duit, seperti berikut:
  1. You need a bigger money purse. - Awak memerlukan beg duit yang lebih besar. 
  2. All my money is missing from my money drawer. - Semua duit saya telah hilang daripada laci duit saya. 
  3. Dad, my money box is full. - Ayah, tabung duit saya sudah penuh.

Perkataan Bahasa Inggeris money dalam idiom

  1. in the money bermaksud kaya, mempunyai duit yang banyak, banyak duit: You can see he is in the money by the clothes he wears. - Awak boleh melihat dia mempunyai duit yang banyak daripada pakaian yang dia pakai.
  2. make money bermaksud mendapat keuntungan, menjadi kaya, buat duit: Yes, you can make money online with no capital. - Ya, anda boleh buat duit online tanpa modal.

Perkataan-perkataan yang berkaitan dengan perkataan Bahasa Inggeris money

Di bawah adalah perkataan-perkataan compound noun (kata nama majmuk) yang berkaitan dengan perkataan money yang patut diketahui:
  1. money supply - penawaran wang.
  2. money order - kiriman wang
  3. money market - pasaran wang
  4. money lender - pemberi pinjam wang, ceti
  5. money changer - penukar wang
  6. pocket money - duit belanja
  7. money purse - beg duit
  8. money belt - tali pinggang duit
  9. money drawer - laci duit