Isnin, 15 Julai 2013

Menangguhkan alam keibuan: Keadaan atau pilihan?

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Delaying motherhood: Circumstance or choice?


Perkataan Bahasa Inggeris mother sebagai noun

Plural (majmuk) untuk perkataan mother adalah mothers. Maksud perkataan mother sebagai noun adalah:
  1. ibu: 
    1. Mother, can I have some milk? - Ibu, bolehkah saya mendapatkan susu?
    2. Where is the mother of this kitten? - Di manakah ibu anak kucing ini?
    3. Marie Curie is called Mother to the Atomic Age because she and her husband discovered radium. - Marie Curie digelar Ibu kepada Zaman Atom kerana beliau dan suaminya telah menemui radium.
    4. Philosophy is the mother of sciences. - Falsafah adalah ibu kepada sains.
    5. An elderly woman who is respected for her wisdom and age is often called a mother. - Seorang wanita tua yang dihormati untuk kebijaksanaannya dan umurnya sering dipanggil ibu.
    6. Can Badar be called the mother of all battles? - Bolehkah Badar dipanggil ibu kepada segala peperangan?
  2. naluri keibuan: Everyone saw the mother in her. - Semua orang melihat naluri keibuan yang ada pada dirinya.

Perkataan Bahasa Inggeris mother sebagai adjective

Sebagai adjective, perkataan mother menyifatkan noun atau pronoun, contohnya mother cat, mother love, mother language, atau sebagainya. Maksud perkataan mother sebagai adjective adalah:
  1. ibu:
    1. I found the mother cat of this kitten. - Saya telah menjumpai ibu kucing kepada anak kucing ini.
    2. What that mischievous boy needs is just some mother love. - Apa yang diperlukan oleh kanak-kanak lelaki yang nakal itu hanyalah sedikit kasih ibu.
  2. ibunda: Bahasa Melayu is our mother language. - Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda kita.

Perkataan Bahasa Inggeris mother sebagai verb

Sebagai verb, perkataan mother adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to mother - infinitive
  2. mother - base
  3. mothered - past simple / past participle
  4. mothering - present participle
  5. mothers - present simple
Sebagai verb, maksud perkataan mother adalah memelihara, seperti berikut:
  1. Puan Sarimah would like to mother this abandoned baby. - Puan Sarimah ingin memelihara bayi yang ditinggalkan ini.
  2. The single mom mothers Kumar as though he is her own son. - Ibu tunggal itu memelihara Kumar seolah-olah dia adalah anak lelakinya sendiri.
  3. That orphan child needs to be mothered. - Kanak-kanak yatim itu perlu dipelihara.
  4. Mothering a baby is a wonderful experience. - Memelihara seorang bayi adalah suatu pengalaman yang menakjubkan.

Perkataan-perkataan  Bahasa Inggeris yang berkaitan dengan perkataan mother

  1. motherhood (noun) bermaksud alam keibuan: Scientist warn of dangers in delaying motherhood. - Para saintis memberi amaran dalam menangguhkan alam keibuan.
  2. motherless (adjective) bermaksud tidak beribu: I'd cry each time I see that motherless baby. - Saya akan menangis setiap kali saya melihat bayi yang tidak beribu itu.
  3. motherly (adjective) bermaksud naluri keibuan: Puan Manisah is so motherly. - Puan Manisah mempunyai naluri keibuan yang kuat.
  4. motherland (noun) bermaksud tanah air / ibu pertiwi: Let's defend our motherland. - Marilah kita mempertahankan tanah air kita.
  5. mother-in-law (noun) bermaksud ibu mentua: She is my mother-in-law. - Dia adalah ibu mentua saya.
  6. mother-tongue (noun) bermaksud bahasa ibunda: Ganesan's mother-tongue is Hindi. - Bahasa ibunda Ganesan adalah Hindi.