Sabtu, 13 Julai 2013

Berapa banyak air sepatutnya anda minum tiap-tiap hari?

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: How much water should you drink every day?


Perkataan Bahasa Inggeris water sebagai noun

Sebagai noun, perkataan water memberi maksud air, seperti berikut:
  1. My favorite drink is water. - Minuman kesukaan saya adalah air.
  2. Why is this rain water acidic? - Kenapakah air hujan ini berasid?
  3. The ships are in Malaysian waters. - Kapal-kapal itu berada di perairan Malaysia.
  4. Ana, could you please turn off the water? - Ana, bolehkah awak memadamkan air itu?
  5. I am 15 feet under water. - Saya berada 15 kaki di dalam air.

Perkataan Bahasa Inggeris water sebagai verb

Sebagai verb, perkataan water adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to water - infinitive
  2. water - base
  3. watered - past simple / past participle
  4. watering - present participle
  5. waters - present simple
Maksud-maksud perkataan water sebagai verb dalam Bahasa Inggeris adalah:
  1. menyiram: 
    1. Of course you need to water your plants. - Sudah tentu awak perlu menyiram pokok-pokok anda.
    2. You may water the garden now. - Awak boleh menyiram kebun sekarang.
    3. The plants in this area are watered by the municipal. - Tanam-tanaman di kawasan ini disiram oleh majlis perbandaran.
  2. mengairkan, menambah air: Dilute the solution by watering it. - Cairkan campuran itu dengan mengairkannya.
  3. berair, basah: Mmm, that delicious pizza makes my mouth water. - Mmm, pizza yang lazat itu membuat mulut saya basah.

Perkataan Bahasa Inggeris water dalam idiom

  1. above water bermaksud dalam kesusahan terutamanya dalam hal kewangan: Encik Harun has too many debts that he can't keep his head above water. - Encik Harun mempunyai terlalu banyak hutang hinggakan dia berada dalam kesusahan.
  2. by water bermaksud melalui perairan iaitu dengan kapal atau bot: Your parcel was sent by water. - Bungkusan anda dihantar melalui perairan.

Bentuk-bentuk perkataan yang berkaitan dengan perkataan Bahasa Inggeris water

  1. waterer (noun) bermaksud:
    1. penyiram: I am the waterer of this plant. - Sayalah penyiram tumbuhan ini.
    2. alat penyiram: Next time don't use a bottle, use a proper waterer. - Lain kali jangan menggunakan botol, gunakan alat penyiram yang khas.
  2. waterless (adjective) bermaksud tidak mempunyai air: 
    1. That river is waterless. - Sungai itu tidak mempunyai air.
    2. The waterless old mine is dangerous. - Lombong lama yang tidak berair itu berbahaya.
    3. Don't play near that waterless well. - Jangan bermain dekat perigi yang tidak berair itu.