Rabu, 24 Julai 2013

Seni makeup kelopak mata yang sangat cun

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Very attractive eyelid makeup art.


Perkataan Bahasa Inggeris eye sebagai noun

Plural (majmuk) untuk perkataan eye adalah eyes. Maksud perkataan eye sebagai noun adalah:
  1. mata: There is something in my eye. - Terdapat sesuatu di dalam mata saya.
  2. kemahiran menilai: Suzanna has a good eye for womens fashion. - Suzanna mempunyai kemahiran menilai fesyen wanita.
  3. pandangan: To my eye, the decoration is excellent. - Dari pandangan saya, hiasan itu cemerlang.
  4. perhatian: The lavish curtain design caught my eye. - Rekaan langsir yang berlebih-lebihan itu telah menarik perhatian saya.
  5. menjaga: Could you keep an eye on the shop while I'm gone? - Bolehkah awak menjaga kedai semasa saya tiada?

Perkataan Bahasa Inggeris eye sebagai verb

Sebagai verb, perkataan eye adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to eye - infinitive
  2. eye - base
  3. eyed - past simple / past participle
  4. eyeing - present participle
  5. eyes - present simple
Maksud eye sebagai verb dalam Bahasa Inggeris adalah:
  1. pandang: Stop eyeing on me! - Jangan pandang saya!
  2. meneliti: The scientist eyed the shark's movement. - Ahli sains itu meneliti pergerakan jerung itu.
  3. melihat: To eye the wonders of nature is breathtaking. - Melihat keajaiban semula jadi adalah menakjubkan.
  4. memperhatikan, mengawasi: Corporal Rosli eyed the man with suspicion. - Koperal Rosli memerhatikan lelaki itu dengan rasa syak.

Bentuk perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang berkaitan dengan perkataan eye

  1. eyeable (adjective) bermaksud mudah kelihatan, menarik: Haliza is eyeable in that dress. - Haliza kelihatan menarik dalam pakaian itu.
  2. eyelike (adjective) bermaksud seperti mata: There is an eyelike marking on this cloth. - Terdapat tanda seperti mata pada kain ini.
  3. eyer (noun) bermaksud pemerhati: Sergeant Khairul was the eyer of the suspect. - Sarjan Khairul adalah pemerhati suspek itu.

Perkataan Bahasa Inggeris eye dalam idiom

  1. all eyes bermaksud perhatian: All eyes are on the beautiful Siti Soliiha. - Semua perhatian adalah pada Siti Soliiha yang cantik itu.
  2. eye to eye bermaksud persetujuan: My sister and I don't see eye to eye about the room arrangement. - Kakak dan saya tidak bersetuju dengan aturan bilik itu.
  3. have eyes for bermaksud berminat: No need to be jealous because I only have eyes for you. - Tidak perlu cemburu sebab saya hanya berminat terhadap awak.