Selasa, 16 April 2013

The ten-footer king cobra chased after me

The ten-footer king cobra chased after me. Ular tedung selar sepuluh-kaki itu telah mengejar saya. (Terkejut saya mendengar kak.. mujur akak selamat..)

Perkataan after sebagai preposition
  1. selepas: 
    1. B comes after A in alphabet. B datang selepas A dalam abjad.
    2. Ok, Mr. Zack will come after dinner. Baiklah, Encik Zack akan datang selepas makan malam.
    3. I reached here five minutes after three. Saya telah tiba di sini lima minit selepas tiga.
  2. untuk mencari: That school girl joined the singing competition to seek after fame. Murid sekolah perempuan itu telah menyertai peraduan menyanyi itu untuk mencari populariti.
  3. bertanyakan: Last night your darling asked after you. Malam semalam kesayangan awak telah bertanyakan awak. (Sukanya dye.. :)
  4. tanpa menghiraukan: They are still friends after all their differences. Mereka masih berkawan tanpa menghiraukan perbezaan mereka.
  5. demi: Year after year he is still the champion. Tahun demi tahun dia masih jaguh.
Perkataan after sebagai adverb
  1. kemudian: Dad arrived at Kedah three hours after. Ayah telah tiba di Kedah tiga jam kemudian.
  2. sejak itu, selepas itu: They lived happily ever after. Mereka hidup bahagia sejak itu. (Betul ke ni..)
  3. di belakang: Salina came tumbling after. Salina datang berguling-guling di belakang. (Apa hal la pulak ni)
Perkataan after sebagai adjective
  1. In after years we never saw him again. Dalam tahun-tahun kemudian kami tidak pernah melihat dia lagi.
Perkataan after sebagai conjunction
  1. setelah: She cried + She heard the news = She cried after she heard the news. Dia menangis setelah dia mendengar berita itu.
  2. selepas: I came + The boys left = I came after the boys left. Saya datang selepas budak-budak itu pergi.
Perkataan after di dalam idiom
  1. after all bermaksud juga, akhirnya, lagipun:
    1. I found out that I can sing after all. Saya mendapati bahawa saya boleh menyanyi akhirnya.
    2. You must perform the solat. After all, you are a Muslim, right? Awak mesti mendirikan solat. Lagipun, awak seorang Muslim, kan?