Rabu, 3 April 2013

Please read any book in English Language

Please read any book in English Language. Sila baca mana-mana buku dalam Bahasa Inggeris. Jom belajar perkataan any:

Perkataan any sebagai adjective
Cara penggunaan perkataan any adalah seperti any one, any book, any place, any sugar, any student, any information, atau sebagainya. Berikut adalah maksud-maksud perkataan any sebagai adjective:
  1. satu, suatu, se: 
    1. Is any one of you here a doctor? Adakah seseorang dari kamu di sini seorang doktor?
    2. Is there any history book in this library? Terdapatkah sesebuah buku sejarah di perpustakaan ini?
  2. mana-mana: 
    1. Choose any book you like. Pilih mana-mana buku awak suka.
    2. I will meet you at any place in KL. Saya akan berjumpa dengan awak di mana-mana tempat di KL.
  3. sedikit, sejumlah, seberapa: 
    1. Do you have any sugar? Adakah awak sedikit gula?
    2. Place any amount of butter you prefer. Masukkan seberapa banyak mentega mengikut kesukaan anda.
  4. apa-apa, lazimnya dalam hal yang negatif: 
    1. She can't take any advice. Dia tidak boleh menerima apa-apa nasihat.
    2. Don't give him any information. Jangan memberi dia apa-apa maklumat.
Perkataan any sebagai pronoun
Sebagai pronoun perkataan any menggantikan seseorang, sesuatu, atau sebagainya:
  1. sesiapa, sesuatu: He does better than any before him. Dia melakukannya lebih baik dari sesiapa sebelum dia.
  2. apa-apa: We don't have any left. Kami tidak ada apa-apa yang tinggal.
Perkataan any sebagai adverb
Sebagai adverb perkataan any memberi keterangan kepada perkataan yang bukan noun seperti any better, any stronger, any taller, any worse, atau sebagainya:
  1. Do you feel any better now? Adakah awak merasa lebih baik sekarang?
  2. Can he ever be any stronger? Bolehkah dia menjadi lebih kuat?