Isnin, 1 April 2013

Even Teacher Zack is still learning English language

Even Teacher Zack is still learning English language. Sedangkan Teacher Zack masih mempelajari Bahasa Inggeris. Berikut adalah penggunaan perkataan even:

Perkataan even sebagai adjective

  1. rata: The floor is even. Lantai itu rata.
  2. selari: The mirror is even with the window. Cermin itu adalah selari dengan tingkap itu.
  3. sama: 
    1. The even rhythm of his breathing is a good indication. Pernafasannya yang berentak sama adalah tanda yang baik.
    2. Please use even amounts of sugar and butter. Sila gunakan jumlah yang sama untuk gula dan mentega.
  4. sama rata: That was an even fight. Itu adalah perlawanan yang sama rata.
  5. adil: 
    1. This supermarket offers an even bargain. Pasar raya ini memberi tawaran yang adil.
    2. Both teams have an even chance of winning. Kedua-dua kumpulan mempunyai peluang yang adil untuk menang.

Perkataan even sebagai adverb

  1. lebih: I felt even worse after he left. Saya rasa lebih teruk selepas dia pergi.
  2. apalagi: She was depressed, even crying. Dia sedih, apalagi sedang menangis.
  3. sedangkan: Even a child knows better. Sedangkan seorang kanak-kanak lebih mengetahui.
  4. walaupun: 
    1. Even as we ran, it kept chasing us. Walaupun kami sedang berlari, ia tetap mengejar kami.
    2. He kept mentioning his daughter's name even as he was dying. Dia terus menyebut nama anak perempuannya walaupun dia sedang menghampiri maut.

Perkataan even sebagai verb

Sebagai verb perkataan even memberi maksud meratakan. Perkataan even adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to even, even, evened, evening, evens.

  1. The contractors came to even the damaged road. Pihak kontraktor telah datang untuk meratakan jalanraya yang rosak itu.
  2. Be sure you even the butter on each cake. Pastikan awak meratakan mentega di atas setiap kek.
  3. The painter evens the varnish on that door. Tukang cat itu meratakan varnis pada pintu itu.

Keterangan terperinci mengenai jenis-jenis dan bentuk-bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense.