Sabtu, 20 April 2013

Are you trying hard enough?

Are you trying hard enough? Adakah anda mencuba sedaya upaya?

Perkataan try sebagai verb
Sebagai verb perkataan try adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to try, try, tried, trying, tries.
  1. cuba, mencuba: 
    1. I tried to advise her but she refused to listen. Saya telah mencuba untuk menasihatinya tetapi dia tidak mahu mendengar. 
    2. Would you like to try this new recipe? Mahukah awak mencuba resepi baru ini.
    3. Is that man trying to steal that car? Adakah orang itu sedang cuba mencuri kereta itu?
    4. Don't give up, keep trying! Jangan putus asa, teruskan mencuba!
Perkataan try sebagai noun
  1. percubaan: 
    1. Why don't you have a try at tennis? Apa kata awak mengadakan suatu percubaan dalam permainan tenis?
    2. You'll never know until you give it a try. Anda tidak akan mengetahui selagi anda tidak mengadakan suatu percubaan.
Perkataan try dalam phrasal verb
  1. try on bermaksud cuba memakai pakaian: Why don't you try on the dress before you make a decision? Mengapakah awak tidak cuba memakai baju itu sebelum awak membuat keputusan?
  2. try out bermaksud cuba menggunakan: I want to try out that new BMW car. Saya ingin cuba memandu kereta BMW baru itu.