Rabu, 24 April 2013

Jangan guna adjective apabila adverb yang diperlukan

Lihat ayat-ayat berikut:
  1. Ahmad sat silent in his room. Ahmad duduk senyap di dalam biliknya.
  2. Ahmad sat silently in his room. Ahmad duduk senyap di dalam biliknya.
Dalam ayat 1 perkataan silent adalah adjective manakala dalam ayat 2 perkataan silently adalah adverb. Kedua-dua perkataan silent dan silently mengubah maksud verb 'sat'. Ayat yang manakah yang betul?

Jawapan: Ayat 1 adalah salah. Ayat 2 adalah betul kerana ayat sebegini memerlukan adverb, bukan adjective, untuk mengubah verb 'sat'.