Rabu, 10 April 2013

When is your birthday?

When is your birthday? Bilakah hari lahir awak?

Perkataan when sebagai adverb
Sebagai adverb perkataan when memberi maksud bilakah:
  1. When are you getting married? Bilakah awak akan berkahwin?
  2. When is the 13th election? Bilakah pilihanraya ke 13?
  3. When do you intend to master English Language? Bilakah anda bercadang untuk mahir dalam Bahasa Inggeris?
Perkataan when sebagai conjunction
Sebagai conjunction perkataan when memberi maksud apabila, bila, semasa, atau sebagainya:
  1. apabila: 
    1. We will get married in December when it rains. Kami akan berkahwin dalam bulan Disember apabila ia hujan. (macam ni pun ada ke :)
    2. I'll call you when I arrive there. Saya akan menelefon awak apabila saya tiba di sana.
    3. I will only speak when the noise stops. Saya hanya akan bercakap apabila bunyi bising itu berhenti.
  2. bila: 
    1. You need to know when to be silent. Awak perlu tahu bila untuk senyap.
    2. Please tell the officer when he should go. Sila beritahu pegawai itu bila dia sepatutnya pergi.
  3. semasa: 
    1. Uncle Dol used to visit me when I was young. Pakcik Dol sering menziarahi saya semasa saya kecil.
    2. Sabiri and Fazinah met when they were studying in university. Sabiri dan Fazinah bertemu semasa mereka belajar di universiti.
  4. sedangkan: 
    1. Why is the laboratory assistant here when she should be in the laboratory? Kenapakah pembantu makmal itu berada di sini sedangkan dia sepatutnya berada di makmal?
Perkataan when sebagai pronoun
Sebagai pronoun perkataan when menggantikan waktu dan memberi maksud bilakah:
  1. Since when did the professor arrive here? Sejak bilakah profesor itu tiba di sini?
  2. Until when will the store open? Hingga bilakah kedai itu akan buka?
Perkataan when sebagai noun
Sebagai noun perkataan when memberi maksud waktu. Perhatikan penggunaan perkataan the sebelum perkataan when untuk menjadikan perkataan when sebagai noun.
  1. Can you tell me the when and where of the show? Bolehkah awak beritahu saya waktu dan tempat pertunjukan itu?
  2. The Human Resource department haven't decided the when and where of the meeting. Bahagian Sumber Manusia belum membuat keputusan mengenai waktu dan tempat mesyuarat itu.