Selasa, 2 April 2013

Back to the future

Back to the future. Kembali ke masa hadapan. Berikut adalah penggunaan perkataan back:

Perkataan back sebagai noun
Sebagai noun perkataan back memberi maksud belakang seperti berikut:
  1. The back of the head. Belakang kepala.
  2. The scar on my back. Parut di belakang saya.
  3. The back of the hall. Belakang dewan.
  4. The back of the cupboard. Belakang almari.
Perkataan back sebagai verb
Sebagai verb, perkataan back adalah jenis regular verb dan mempunyai lima bentuk iaitu to back, back, backed, backing, backs.
  1. mengundur: You are required to back up your cars now. Anda dikehendaki mengundur kereta-kereta anda sekarang.
  2. menyokong: 
    1. If you back her up then she might win the game. Jika awak menyokongnya mungkin dia akan dapat memenangi pertandingan itu.
    2. The United States backed South Korea against North Korea. Amerika Syarikat menyokong Korea Selatan menentang Korea Utara.
Perkataan back sebagai adjective
Sebagai adjective perkataan back digunakan seperti back door, back seat, back files, back pay, atau sebagainya.
  1. Please remember to close the back door before you leave. Sila ingat untuk menutup pintu belakang sebelum anda pergi.
  2. Always put your child at the back seat of your car. Sentiasa letak anak anda di kerusi belakang kereta anda.
  3. I think the invoice is in the back files. Saya fikir invois itu berada di dalam fail-fail lama.
Perkataan back sebagai adverb
Sebagai adverb perkataan back digunakan seperti look back, step back, came back, pay back, went back, atau sebagainya.
  1. Look back at the past and learn from it. Lihat kembali di masa silam dan pelajarilah darinya.
  2. Please step back and let the others walk through. Sila langkah ke belakang dan benarkan orang lain melintasi.
  3. My ex-husband wishes to come back into my life. Bekas suami saya ingin kembali semula ke dalam hidup saya.