Jumaat, 12 April 2013

Are you feeling down?

Are you feeling down? Adakah awak berasa sedih?

Perkataan down sebagai adverb
Cara menggunakan perkataan down sebagai adverb adalah seperti come down, bring down, lying down, died down, write down, atau sebagainya.
  1. turun, menurunkan: 
    1. Please come down the ladder. Sila turun dari tangga itu.
    2. Can you bring down your price? Bolehkah awak menurunkan harga awak?
  2. jatuh, terjatuh: Cikgu Kamisah fell down. Cikgu Kamisah terjatuh.
  3. berbaring: I am lying down. Saya sedang berbaring.
  4. perlahankan, rendahkan: Turn down the radio. Perlahankan radio itu.
  5. reda: The storm died down. Ribut sudah reda.
  6. hingga: Encik Sabaruddin has been the Director from the year 1995 down to the present. Encik Sabaruddin sudah menjadi Pengarah sejak dari tahun 1995 hingga kini.
  7. memulakan: I need to get down to work right now. Saya perlu memulakan kerja sekarang juga.
  8. tulis: Write down your phone number here. Tulis nombor telefon awak di sini.
  9. wang pendahuluan: I paid RM9500 down and RM530 a month for that car. Saya telah membayar RM9500 wang pendahuluan dan RM530 sebulan untuk kereta itu.
  10. mengikat: The shop workers tied down the thief. Pekerja-pekerja kedai itu telah mengikat pencuri itu.
  11. memburu: The French army tracked down the African mujahids. Askar Perancis telah memburu pejuang Islam Afrika.
  12. mendapat: Teacher Zack came down with a cold. Teacher Zack telah mendapat selsema. (Kesian takde siapa nak jaga dia :)
Perkataan down sebagai adjective
Cara menggunakan perkataan down sebagai adjective adalah seperti down escalator, down town, down level, down computer, atau sebagainya.
  1. menurun: I will take the down escalator. Saya akan mengambil eskalator yang menurun.
  2. hujung: Let's meet down town. Jom berjumpa di hujung bandar.
  3. sedih: Puan Chin feels very down today. Puan Chin berasa sungguh sedih hari ini.
  4. wang pendahuluan: Here is the RM300 down. Ini RM300 wang pendahuluan itu.
  5. kerugian: The gambler was down RM200 after an hour gambling. Penjudi itu kerugian RM200 selepas sejam berjudi.
  6. rosak: Teacher Zack's computer system was down since yesterday. Komputer Teacher Zack rosak sejak semalam.