Selasa, 9 April 2013

There are many ways to learn English Language

There are many ways to learn English Language. Terdapat banyak cara untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Pelajarilah perkataan there.

Perkataan there sebagai adverb

Sebagai adverb perkataan there memberi maksud sana:
  1. Please sit over there. Sila duduk di sana.
  2. I wouldn't go there again. Saya tidak akan ke sana lagi.
  3. Stop there and continue later. Berhenti di sana dan sambung kemudian.
  4. I can't agree with my teacher there. Saya tidak dapat bersetuju dengan guru saya di sana.
  5. The answer is out there. Jawapannya berada di luar sana.
Perkataan there sebagai pronoun
Sebagai pronoun perkataan there mempunyai berbagai maksud kerana fungsinya adalah memperkenalkan klausa atau ayat.
  1. sudah: There is no hope. Sudah tiada harapan.
  2. tentu: There must be another way. Tentu ada jalan lain.
  3. terdapat: There are many people here. Terdapat ramai orang di sini.
  4. sana: My lecturer comes from there too. Pensyarah saya datang dari sana juga.
Perkataan there sebagai adjective
Sebagai adjective perkataan there memberi maksud itu, situ:
  1. Ask the security guard there. Tanya pengawal keselamatan itu.
  2. Ask the lady there. Tanya wanita itu.
  3. Call the man there. Panggil orang itu.
  4. The person there ought to know the direction. Orang itu (di situ) sepatutnya mengetahui arah.