Rabu, 24 April 2013

I need you ♥ my darling

I need you  my darling. Saya memerlukan awak  kekasih ku.

Perkataan need sebagai noun
  1. keperluan: 
    1. There is no need for you to go there. Tidak ada keperluan untuk awak pergi ke sana.
    2. His excessive need for affection drives people away from him. Keperluannya yang keterlaluan untuk dikasihi menjauhkan orang lain daripadanya.
  2. memerlukan:
    1. I am in need of money. Saya berada dalam keadaan yang memerlukan duit.
    2. You must help a friend in need. Anda hendaklah menolong kawan yang memerlukan.
  3. sebab: There is no need to worry. Tidak ada sebab untuk risau.
Perkataan need sebagai verb
Sebagai verb perkataan need adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to need, need, needed, needing, needs.
  1. perlu:
    1. They need not come. Mereka tidak perlu datang.
    2. He needs to go to the toilet. Dia perlu pergi ke tandas.
  2. memerlukan: 
    1. The family needs food. Keluarga itu memerlukan makanan.
    2. The Manager needs the file tomorrow, not today. Pergurus itu memerlukan fail itu esok, bukan hari ini.
Perkataan need di dalam idiom
  1. If need be bermaksud jika terdapat keperluan: If need be, I can type the letters myself. Jika terdapat keperluan, saya boleh menaip surat itu sendiri.