Sabtu, 27 April 2013

Please state your name, phone number and address

Please state your name, phone number, and address. Sila nyatakan nama, nombor telefon, dan alamat anda.

Perkataan state sebagai noun
  1. keadaan: That child is in a state of confusion. Kanak-kanak itu berada dalam keadaan keliru.
  2. bentuk: Ice is the solid state of water. Ais adalah bentuk pepejal air.
  3. negeri: Malaysia has 13 states and four federal territories. Malaysia mempunyai 13 negeri dan empat wilayah.
Perkataan state sebagai adjective
Sebagai adjective perkataan state digunakan seperti - state highway, state bank, state university, atau sebagainya.
  1. The state university is very near to the state highway. Universiti negeri berhampiran dengan lebuhraya negeri.
Perkataan state sebagai verb
Sebagai verb perkataan state adalah jenis regular verb dan mempunyai lima bentuk iaitu to state, state, stated, stating, states. Maksud perkataan state sebagai verb adalah menyatakan:
  1. Am I required to state my identity card number? Adakah saya dikehendaki menyatakan nombor kad pengenalan saya?
  2. Please state your name here. Sila nyatakan nama anda di sini.
  3. You have already stated that fact just now. Awak telah pun menyatakan fakta itu tadi.
Keterangan terperinci mengenai jenis dan bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense.