Isnin, 25 Februari 2013

Tell a tale

Tell a tale. Menceritakan sebuah kisah. Berikut adalah penggunaan perkataan tell:

Perkataan tell sebagai verb
Tell adalah perkataan jenis irregular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to tell, tell, told, telling, tells. Berikut adalah maksud-maksud perkataan tell sebagai verb:
  1. menceritakan: Can you please tell me what really happened? Bolehkah awak menceritakan kepada saya apa sebenarnya yang berlaku?
  2. memberitahu: Tell him the truth. Beritahu dia perkara yang sebenar.
  3. mengarah, menyuruh: The security guard told us to remove our shoes. Pengawal keselamatan itu telah mengarahkan kami untuk membuka kasut kami.
  4. berkata: It is disrespectful to tell him that. Ia adalah bersikap tidak hormat untuk berkata begitu kepadanya.
  5. mengatakan: Is he telling a lie? Adakah dia mengatakan suatu penipuan?
  6. menyatakan, meyakinkan: I tell you, our idea will work. Saya beritahu awak, idea kita akan berjaya.
  7. menentukan: Can you tell the difference? Bolehkah awak menentukan perbezaannya?
Keterangan terperinci mengenai jenis-jenis dan bentuk-bentuk verb terdapat di dalam ebook verb dan tense.