Jumaat, 7 Jun 2013

Why are you always against me? :(

Why are you always against me? - Kenapa awak selalu menentang saya?

Perkataan against sebagai preposition
Sebagai preposition, perkataan against mempunyai banyak maksud. Diantaranya adalah:
  1. menentang: 
    1. Kelantan is up against Selangor in the final. - Kelantan akan menentang Selangor dalam perlawanan akhir.
    2. We are trying to sail against the wind. - Kami sedang mencuba belayar menentang angin. 
  2. menjauhkan: I fixed this alarm for protection against buglars. - Saya telah memasang penggera ini untuk perlindungan menjauhkan pencuri.
  3. pada: 
    1. Please don't lean against the wall. - Harap jangan bersandar pada dinding.
    2. His elbow striked against the side of the table. - Sikunya terhantuk pada tepi meja itu.
    3. Shazwan angrily threw his bag against the cupboard. - Shazwan dengan marahnya telah membaling begnya pada almari itu.
  4. berhadapan dengan: 
    1. You have to strive against many obstacles. - Awak perlu bertahan berhadapan dengan berbagai rintangan.
    2. You are required to survive against many tests. - Kamu dikehendaki bertahan berhadapan dengan berbagai ujian.
  5. daripada: 
    1. He took insurance to protect his business against any loss. - Dia telah mengambil insuran untuk melindungi perniagaannya daripada sebarang kerugian.
    2. We took all precautions to prevent against failure. - Kami telah mengambil segala tindakan untuk mengelakkan daripada kegagalan.
  6. tidak akan: 
    1. Mom decided against buying a new car. - Ibu telah membuat keputusan tidak akan membeli kereta baru.
    2. Siti decided against marrying Ahmad. - Siti telah membuat keputusan tidak akan mengahwini Ahmad.
  7. melanggar: What you did is against the law. - Apa yang awak telah lakukan adalah melanggar undang-undang.
Perkataan against dalam idiom
  1. against all odds bermaksud menentang segala kemungkinan
    1. Against all odds, we won the trophy. - Menentang segala kemungkinan, kami telah memenangi piala itu.
    2. Against all odds, the beautiful actress married the poor, old man. - Menentang segala kemungkinan, pelakon yang cantik itu telah mengahwini orang tua yang miskin itu.