Jumaat, 28 Jun 2013

Bolehkah saya diberi nombor telefon awak?

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: May I have your phone number?


Perkataan Bahasa Inggeris number sebagai noun

Plural untuk perkataan number adalah numbers. Sebagai noun, perkataan number memberi maksud nombor, beberapa, bilangan, atau sebagainya.
  1. 6,567 is a number. - 6,567 adalah suatu nombor.
  2. A number of people were injured. - Beberapa orang telah tercedera.
  3. The number of poor people has risen. - Bilangan orang miskin telah meningkat.
  4. May I have your IC number? - Bolehkah saya diberikan nombor kad pengenalan anda?

Perkataan Bahasa Inggeris number sebagai verb

Sebagai verb, perkataan number adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to number - infinitive
  2. number -base
  3. numbered - past simple / past participle
  4. numbering - present participle
  5. numbers - present simple
Sebagai verb, perkataan number memberi maksud menombor, mengira, mengambil kira, terkira, atau sebagainya seperti berikut:
  1. to number: Do I have to number these boxes? - Adakah saya perlu menomborkan kotak-kotak ini?
  2. number: I number myself amongst her friends. - Saya mengambil kira diri saya diantara kawan-kawannya.
  3. numbered (past simple): They numbered their food supply. - Mereka telah mengira bekalan makanan mereka.
  4. numbered (past participle): Dad was numbered amongst the lost at sea. - Ayah terkira diantara yang telah hilang di laut.
  5. numbering: They are playing hide-and-seek and Fazana is numbering to ten. - Mereka sedang bermain sorok-sorok dan Fazana sedang mengira ke sepuluh.
  6. numbers: Zulkifli numbers those items too slowly. - Zulkifli menombor barang-barang itu terlalu perlahan.

Perkataan Bahasa Inggeris number dalam idiom

  1. by the number bermaksud mengikut peraturan, mengikut taraf: Please do it by the number. - Sila melakukannya mengikut peraturan.

Penggunaan perkataan Bahasa Inggeris number

Sebagai collective noun, perkataan number boleh mengambil singular verb atau plural verb. Apabila didahului article a, perkataan number mengambil plural verb, contohnya:
  • A number of teachers were here. - Beberapa guru-guru telah berada di sini.
Walau bagaimanapun, apabila didahului article the, perkataan number mengambil singluar verb, contohnya:
  • The number of teachers here was only five. - Bilangan guru yang berada di sini hanya lima.