Rabu, 26 Jun 2013

Mengimpikan pinggang yang ramping?

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Dreaming of a small waist?


Perkataan Bahasa Inggeris small sebagai adjective
Sebagai adjective, perkataan small mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. small - kecil
  2. smaller - lebih kecil
  3. smallest - paling kecil
Sebagai adjective, perkataan small memberi keterangan kepada noun atau pronoun, contohnya small house, smaller car, smallest tree, atau sebagainya, seperti berikut:
  1. Why is that small box placed there? - Kenapakah kotak kecil itu terletak di situ?
  2. Do you have a smaller screwdriver? - Adakah awak pemutar skru yang lebih kecil?
  3. I have the smallest salary of all :) - Saya mendapat gaji yang paling kecil daripada semua :)
Perkataan Bahasa Inggeris small sebagai adverb
Sebagai adverb, perkataan small juga mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. small - kecil
  2. smaller - lebih kecil
  3. smallest - paling kecil
Sebagai adjective, perkataan adverb memberi keterangan kepada adjective, verb, atau adverb lain, seperti berikut:
  1. She talked big but lived small. - Dia bercakap besar tetapi hidup kecil.
  2. Please cut the chicken smaller. - Sila potong ayam itu lebih kecil.
  3. He is the humblest since he talks smallest. - Dialah yang paling merendah diri oleh kerana dia bercakap paling kecil.
Perkataan Bahasa Inggeris small sebagai noun
Sebagai noun, perkataan small memberi maksud kecil.
  1. Do you prefer big or small? - Awak lebih suka besar atau kecil?
  2. Democracy benefits the great and the small. - Demokrasi memanfaatkan yang hebat dan yang kecil.
  3. The injury is at the small of my back. - Kecederaan itu adalah di bahagian kecil belakang saya.
Perkataan Bahasa Inggeris small dalam idiom
  1. feel small bermaksud berasa kecil, malu: That humble millionaire makes me feel small. - Jutawan yang merendah diri itu membuat saya berasa kecil.