Khamis, 27 Jun 2013

Teguhkan semangat dan jangan lari daripada masalah-masalah anda.

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Be strong and don't run away from your problems.


Perkataan Bahasa Inggeris run sebagai verb

Sebagai verb, perkataan run adalah jenis irregular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to run - infinitive
  2. run - base
  3. ran - past simple / past participle
  4. running - present participle
  5. runs - present simple
Sebagai verb, maksud run adalah lari, berlari, dilarikan, atau sebagainya, seperti berikut:
  1. to run: The dog bit me while I tried to run. - Anjing itu telah menggigit saya apabila saya cuba lari.
  2. run: Please run upstairs and get the document. - Tolong lari ke tingkat atas dan ambil document itu.
  3. ran (past simple): Yes I ran but my shoe came off. - Ya saya telah lari tapi kasut saya tertanggal.
  4. ran (past participle): Would you have ran in that race? - Adakah awak akan berlari dalam perlumbaan itu?
  5. running: We were running as fast as we could. - Kami berlari sepantas mana yang kami boleh.
  6. runs: What runs faster than a horse? - Apakah yang berlari lebih pantas daripada kuda?

Perkataan Bahasa Inggeris run sebagai noun

Sebagai noun, run memberi maksud larian.
  1. I usually do a five-minute run before breakfast. - Saya biasanya melakukan larian lima-minit sebelum sarapan
  2. That is a type of run that I have never seen before. - Itu adalah sejenis larian yang saya tidak pernah lihat.

Perkataan Bahasa Inggeris run dalam phrasal verb

  1. run across bermaksud terjumpa: I ran across your name in Google+. - Saya terjumpa nama awak di Google+.
  2. run after bermaksud kejar: We ran after the monkey but it escaped. - Kami telah mengejar monyet itu tetapi ia terlepas.
  3. run along bermaksud pergi: I have to run along now, goodnight :) - Saya terpaksa pergi sekarang, selamat malam :)
  4. run away bermaksud lari: She ran away from home six times. - Dia telah lari daripada rumah enam kali.

Perkataan Bahasa Inggeris run dalam idiom

  1. in the long run bermaksud dalam jangkamasa yang panjang atau akhirnya: In the long run you'll succeed. - Dalam jangkamasa yang panjang awak akan berjaya.
  2. in the short run bermaksud dalam jangkamasa yang terdekat: Inflation may be avoided in the short run if policy changes are made now. - Inflasi mungkin akan dapat dielakkan dalam jangkamasa yang terdekat jika pertukaran polisi dibuat sekarang.
  3. on the run bermaksud:
    1. tergesa-gesa: She's so busy, she's always on the run. - Dia terlalu sibuk, dia sentiasa tergesa-gesa.
    2. melarikan diri atau menghilangkan diri: That convict was on the run for three years. - Banduan itu telah menghilangkan diri selama tiga tahun.