Selasa, 25 Jun 2013

Kerajaan telah menutup kebanyakan sekolah-sekolah semalam disebabkan jerebu

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: The government closed most schools yesterday due to the haze.


Perkataan Bahasa Inggeris government sebagai noun

Perkataan government memberi maksud kerajaan dan plural untuk perkataan government adalah governments.
  1. The Malaysian government condemns the attack on Gaza. - Kerajaan Malaysia mengutuk serangan ke atas Gaza.
  2. Government trucks are distributing water to parts of Kuala Lumpur. - Lori-lori kerajaan sedang mengagih-agihkan air ke beberapa kawasan Kuala Lumpur.
  3. Some government officials are visiting the Phillipines. - Beberapa pegawai-pegawai kerajaan sedang melawat Filipina.
  4. Malaysia is a monarchical government. - Malaysia adalah kerajaan pemerintahan beraja.
  5. The Prime Minister has formed a new government. - Perdana Menteri telah menubuhkan kerajaan baru.

Bentuk-bentuk perkataan yang berkaitan dengan perkataan Bahasa Inggeris government

  1. governmental (adjective) bermaksud (sistem) kerajaan:
    1. The world is heading online, so are our governmental agencies. - Dunia sedang menuju ke atas talian, begitu juga agensi-agensi kerajaan kita.
    2. Governmental regulation on some matters needs to be reduced. - Peraturan kerajaan atas berapa perkara perlu dikurangkan.
  2. governmentally (adverb) bermaksud (sistem) kerajaan:
    1. That system is governmentally incorrect. - Sistem itu adalah tidak betul berdasarkan sistem kerajaan.
    2. Only governmentally authorized offices can issue the permit. - Hanya pejabat-pejabat yang diberi kuasa oleh kerajaan boleh mengeluarkan permit itu.

Perbezaan U.S. dan British dalam penggunaan perkataan Bahasa Inggeris government

Perkataan government adalah jenis collective noun dan penggunaannya tidak sama di U.S. dan di Britain.

U.S.
Dalam penggunaan U.S., jika perkataan government dianggap sebagai suatu badan maka ia mengambil singular verb, contohnya:
  • The government is determined to solve the issue. - Kerajaan bertekad untuk menyelesaikan isu itu.
Walau bagaimanapun, jika perkataan government itu merujuk kepada individu-individu yang terdapat dalam kerajaan itu maka perkataan government mengambil plural verb, contohnya:
  • Their government are always fighting within themselves. - Kerajaan mereka sering bergaduh diantara mereka.
British
Dalam penggunaan British pula, perkataan government lebih sering mengambil plural verb, contohnya:
  • The government are determined to solve the issue. - Kerajaan bertekad untuk menyelesaikan isu itu.
  • Our government are always fighting within themselves. - Kerajaan kami selalu bergaduh diantara mereka.
Setahu Teacher Zack, hal ini bukan untuk perkataan govenment sahaja akan tetapi untuk sesetengah collective noun yang lain juga iaitu termasuk perkataan-perkataan family, group, flock, public, team, committee dan company. Oleh kerana Teacher Zack bukan seorang guru maka Teacher Zack tak tahu kaedah yang mana sepatutnya digunakan di Malaysia, sori ler :)