Khamis, 6 Jun 2013

You have become a part of my life ♥

You have become a part of my life. - Awak sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya.

Perkataan part sebagai noun
Sebagai noun, perkataan part memberi maksud bahagian atau sebahagian.
  1. bahagian:
    1. Do you know which part of Kuala Lumpur I can eat satay? - Tahukah anda bahagian mana di Kuala Lumpur saya boleh makan satay?
    2. That is my favorite part of the song. - Itu adalah bahagian kesukaan saya didalam lagu itu.
  2. sebahagian:
    1. A part of me loves him but the other part is afraid of him. - Sebahagian diri saya menyayanginya tetapi sebahagian lain menakutinya.
    2. The landslide damaged a part of our house. - Tanah runtuh itu telah merosakkan sebahagian daripada rumah kami.
Plural (majmuk) untuk perkataan part adalah parts:
  1. I need to buy some computer parts. - Saya perlu membeli beberapa bahagian komputer.
  2. Do you know how to fix these printer parts? - Tahukah awak cara membaiki bahagian-bahagian pencetak ini?
Perkataan part sebagai verb
Sebagai verb, perkataan part adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to part - infinitive
  2. part - base
  3. parted - past simple / past participle
  4. parting - present participle
  5. parts - present simple
Sebagai verb, perkataan part boleh memberi maksud berpisah, memisahkan, atau sebagainya:
  1. to part: Salina doesn't want to part with him again. - Salina tidak mahu berpisah dengannya lagi.
  2. part: I always part my hair in the middle. - Saya selalu memisahkan rambut saya di tengah.
  3. parted (past simple): We parted when we reached Port Dickson. - Kami telah berpisah apabila kami sampai di Port Dickson.
  4. parted (past participle): Mat and Din were parted since they were born. - Mat dan Din telah dipisahkan sejak mereka dilahirkan.
  5. parting: Parting with my husband really hurts. - Berpisah dengan suami saya benar-benar menyakitkan.
  6. parts: The scientist successfully parts the fat substance from the liquid. - Ahli sains itu berjaya memisahkan bahan lemak daripada cecair itu.