Rabu, 19 Jun 2013

Marilah mempelajari Bahasa Inggeris sekarang juga

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Let's learn English language right now.


Perkataan Bahasa Inggeris right sebagai adjective
Sebagai adjective, perkataan right mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. right - betul
  2. righter - lebih betul
  3. rightest - paling betul
Sebagai adjective, perkataan right memberi keterangan kepada noun atau pronoun contohnya right decision, right answer, right solution, right location, atau sebagainya, seperti berikut:
  1. Suriani gave the right answer. - Suriani telah memberi jawapan yang betul.
  2. However, Shazwan's answer is righter than Suriani's answer. - Walau bagaimanapun, jawapan Shazwan adalah lebih betul daripada jawapan Suriani.
  3. That consultant provided the rightest solution. - Pakar runding itu telah memberi penyelesaian yang paling betul.
Perkataan Bahasa Inggeris right sebagai noun
Plural (majmuk) untuk perkataan right adalah rights. Sebagai noun, maksud-maksud perkataan right adalah:
  1. kanan: Please stand on the right side, thank you. - Sila berdiri disebelah kanan, terima kasih.
  2. hak: 
    1. You have the right to remain silent. - Awak berhak untuk berdiam diri.
    2. That is called women's rights. - Itu dipanggil hak wanita.
  3. betul: Doesn't he know the right from wrong? - Tidakkah dia mengetahui yang betul daripada yang salah?
Perkataan Bahasa Inggeris right sebagai adverb
Sebagai adverb, perkataan right menjawab soalan how, when, atau where, contohnya:
  1. How did she climb?
    She climbs right to the top. - Dia memanjat terus ke atas.
  2. When can I meet you?
    You can meet me right after lunch. - Awak boleh berjumpa saya sejurus selepas makan tengahari.
  3. Where will you be?
    I'll be right here. - Saya akan tetap berada di sini.
Sebagai adverb, maksud-maksud perkataan right adalah:
  1. terus: Make sure she comes right home. - Pastikan dia balik terus ke rumah.
  2. sejurus: I will meet you right after dinner. - Saya akan berjumpa dengan awak sejurus selepas makan malam.
  3. tetap: Don't worry because I'll be right here. - Jangan risau sebab saya akan tetap berada di sini.
  4. betul: Good, you guessed right. - Bagus, awak telah meneka dengan betul.
  5. betul-betul: The ghost stood right here! - Hantu itu berdiri betul-betul di sini!
  6. tepat: You came right on time. - Awak telah datang tepat pada waktunya.
  7. juga: Let's go right now. - Marilah pergi sekarang juga.
Perkataan Bahasa Inggeris right sebagai verb
Sebagai verb, perkataan right adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to right - infinitive
  2. right - base
  3. righted - past simple / past participle
  4. righting - present participle
  5. rights - present simple
Sebagai verb, perkataan right memberi maksud membetulkan, memperbetulkan, dibetulkan, diperbetulkan, atau sebagainya, seperti berikut:
  1. to right: The counselor came to right the mischievous students. - Kaunselor datang tuntuk membetulkan murid-murid nakal itu.
  2. right: Can I right a wrong in one of your answers? - Bolehkah saya membetulkan suatu kesalahan dalam salah satu daripada jawapan-jawapan awak?
  3. righted (past simple): The judge righted the lawyer in court. - Hakim telah memperbetulkan peguam itu di mahkamah.
  4. righted (past participle): Kumar was righted so many times by his teacher. - Kumar telah diperbetulkan banyak kali oleh gurunya.
  5. righting: I am righting your answer. - Saya sedang membetulkan jawapan awak.
  6. rights: I hate it when he rights me. - Saya membencinya apabila dia memperbetulkan saya.