Isnin, 24 Jun 2013

Berapa lamakah masa untuk bermain di luar anak anda perlukan?

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: How much outdoor play time does your child need?


Perkataan Bahasa Inggeris play sebagai noun
Plural untuk perkataan play adalah plays. Sebagai noun, maksud-maksud perkataan play adalah:
  1. penulisan (gubahan) drama: That document is one of William Shakespeare's play. - Dokumen itu adalah salah satu gubahan drama William Shakespeare.
  2. persembahan drama: Did you attend the Puteri Gunung Ledang play last night? - Adakah awak menghadiri persembahan drama Puteri Gunung Ledang malam semalam?
  3. permainan: That tennis tournament featured expert play. - Pertandingan tenis itu menonjolkan permainan pakar.
Perkataan Bahasa Inggeris play sebagai verb
Sebagai verb, perkataan play adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to play - infinitive
  2. play - base
  3. played - past simple / past participle
  4. playing - present participle
  5. plays - present simple
Sebagai verb, maksud perkataan play adalah bermain, dipermainkan, memainkan, membuat persembahan, main peranan, berlagak (berpura-pura), atau sebagainya, seperti berikut:
  1. to play: Would you like to play tennis with me tommorrow morning? - Mahukah awak bermain tenis bersama saya esok pagi?
  2. play: Can you play the guitar? - Bolehkah awak bermain guitar?
  3. played (past simple): I played Hang Tuah in that historical drama. - Saya telah memainkan peranan Hang Tuah dalam drama bersejarah itu.
  4. played (past participle): Kamariah was played out by her own best friend. - Kamariah dipermainkan oleh sahabat karibnya sendiri.
  5. playing: Were you playing a joke on me? - Adakah awak telah bermain suatu gurauan terhadap saya?
  6. plays: When threatened, it plays dead. - Apabila diancam, ia berlagak mati.
Perkataan Bahasa Inggeris play dalam phrasal verb
  1. play along bermaksud memberi kerjasama: Due to fear of getting hurt, Puan Rosnah played along with the robbers fo a while. - Oleh kerana takut dicederakan, Puan Rosnah memberi kerjasama kepada perompak-perompak it seketika.
  2. play around bermaksud mencuba, mencari akal: Why don't you play around with new ideas for the event tomorrow? - Kenapa tidak awak mencari akal dengan idea-idea baru untuk acara esok?
  3. play back bermaksud memainkan semula: Would you play back that recording? - Bolehkah awak memainkan semula rakaman itu?
Perkataan Bahasa Inggeris play dalam idiom
  1. bring into play bermaksud mengadakan, diperkenalkan: I hope you would bring into play the new choreography for the modern joget dance competition. - Saya berharap awak akan memperkenalkan reka tari baru untuk pertandingan tarian moden joget itu.
  2. in play atau out of play bermaksud dalam permainan atau diluar permainan: The umpire says the ball is not in play. - Pengadil mengatakan bahawa bola itu tidak berada dalam permainan.
Bentuk-bentuk perkataan yang berkaitan dengan perkataan Bahasa Inggeris play
  1. playingly (adverb) bermaksud secara bermain-main, olok-olok: My son playingly stole my money. - Anak lelaki saya secara olok-olok telah mencuri duit saya.
  2. playless (adjective) bermaksud tidak bersemangat: She felt playless at the party. - Dia berasa tidak bersemangat dimajlis itu.