Sabtu, 26 Januari 2013

You are what you think you are

"You are what you think you are. Anda adalah apa yang anda fikir diri anda." Think adalah perkataan jenis irregular verb yang mempunyai 5 bentuk iaitu to think, think, thought, thinking, thinks. Berikut adalah penggunaan dan maksud perkataan think:
  1. I am asking you not to think about me anymore. Saya memohon kepada awak agar tidak memikirkan mengenai saya lagi.
  2. It is good that you think the matter through. Ada baiknya awak fikirkan hal itu seluruhnya.
  3. The store clerk thought the police came to arrest him. Kerani kedai itu menyangka polis telah datang untuk menangkapnya.
  4. They are thinking of going on a holiday. Mereka sedang bercadang untuk pergi bercuti.
  5. The sad mother thinks about her lost son all the time. Ibu yang sedang bersedih itu memikirkan anak kehilangannya seluruh masa.
Perkataan think di dalam idiom
  1. come to think of it bermaksud jika difikirkan mengenainya: Come to think of it I should have listened to you. Jika difikirkan mengenainya saya sepatutnya telah mendengar kata-kata awak.
  2. think aloud bermaksud menyuarakan fikiran: One of the best way to remember the words is to think aloud. Salah satu cara untuk mengingati kata-kata itu adalah anda menyuarakan fikiran anda.
  3. think big bermaksud bercita-cita tinggi: That software developer became successful because he thinks big about his designs. Pemaju perisian itu menjadi berjaya kerana dia bercita-cita tinggi mengenai rekaannya.
  4. think little of bermaksud memandang rendah: Don't think little of poor people. Jangan memandang rendah pada orang-orang miskin.
  5. think twice bermaksud fikir dua kali: Think twice before you buy that phone. Fikir dua kali sebelum awak membeli telefon itu.
Keterangan terperinci mengenai jenis-jenis dan bentuk-bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense.