Selasa, 8 Januari 2013

Pelajarilah perkataan She

Pada dasarnya she adalah perkataan jenis pronoun yang memberi maksud dia perempuan. Berikut adalah bentuk-bentuk perkataan she:
  1. Nominative, she dia
    1. Siti Nuraini is my sister and she is six years old. Siti Nuraini adalah adik perempuan saya dan dia berumur enam tahun.
  2. Objective, her nya
    1. The accountant just started work here but I knew her as a friend for two years. Akauntan itu baru mula bekerja di sini tetapi saya sudah mengenalinya sebagai kawan selama dua tahun.
  3. Possessive, her nya
    1. My aunty brought her cat to my birthday party. Makcik saya telah membawa kucingnya ke majlis ulang tahun saya.
  4. Plural nominative, they mereka
    1. Our aerobics team hope that they can enter the competition. Kumpulan aerobik kami mengharapkan bahawa mereka dapat memasuki pertandingan itu. 
  5. Plural objective, them mereka
    1. The college girls feel that someone is trying to hurt them. Murid-murid perempuan maktab itu merasakan bahawa terdapat orang yang sedang mencuba untuk menyakiti mereka
  6. Plural possessive
    1. Pronoun, theirs milik mereka:
      1. The models are wearing yellow skirts and these yellow shoes are theirs. Peragawati-peragawati itu memakai skirt kuning dan kasut-kasut kuning ini adalah milik mereka.
    2. Adjective, their milik mereka:
      1. Those Korean actresses are pretty and I like their eyes. Pelakon-pelakon wanita Korea itu cantik dan saya suka mata mereka.