Ahad, 20 Januari 2013

Do you know what this post is about?

"Do you know what this post is about? Tahukah anda mengenai apa rencana ini?" Mungkin anda sudah mengetahui bahawa perkataan about memberi maksud mengenai. Walau bagaimana pun, maksud perkataan about adalah lebih luas daripada itu. Jom kita mempelajari maksud-maksud perkataan about.

Perkataan about sebagai preposition
  1. mengenai: This is a book about snakes. Ini adalah buku mengenai ular.
  2. di dalam lingkungan: The time now is about six o'clock: Waktu sekarang adalah di dalam lingkungan pukul enam.
  3. disekeliling: The fence about the school should be painted. Pagar disekeliling sekolah patut dicat.
  4. dekat: Teacher Zack is about the house. Teacher Zack berada dekat rumah.
  5. di dalam proses, melakukan: While you are about it, please clean your room. Sambil awak sedang melakukannya, pergi bersihkan bilik awak.
Perkataan about sebagai adverb
  1. mengenai: InfoInggeris is a blog about learning English language. InfoInggeris adalah mengenai mempelajari Bahasa Inggeris.
  2. selama: The interview lasted about an hour. Temuduga itu berlangsung selama sejam.
  3. hampir: Dinner is about ready. Makan malam hampir siap.
  4. tanpa arah: The kid is wandering about with no place to go. Kanak-kanak itu sedang berlegar tanpa arah dan tiada tempat untuk pergi.
  5. sekitar: Look about and you might see her. Lihat disekitar dan mungkin awak akan nampak dia.
  6. memusing ke arah bertentangan: He turned his car about and drove in this direction. Dia telah memusing ke arah bertenangan dan memandu ke arah sini.
  7. di kawasan: The journalist spoke to some people standing about. Wartawan itu bercakap dengan beberapa orang yang berdiri di kawasan itu.
  8. di dalam lingkungan: My school is about two kilometers from here. Sekolah saya adalah di dalam lingkungan dua kilometer dari sini.