Khamis, 31 Januari 2013

Sudahkah anda mengetahui maksud perkataan 'people'?

Pada dasarnya people adalah perkataan jenis noun. Plural jamak untuk perkataan people adalah peoples. Berikut adalah maksud-maksud perkataan people:
  1. orang: There were three people in the room. Terdapat tiga orang di dalam bilik itu.
  2. orangramai: After the rally, people were dancing in the streets. Selepas perhimpunan itu, orangramai menari di jalanraya.
  3. manusia: 
    1. All the peoples of this world are one entity. Kesemua manusia di bumi ini adalah suatu entiti.
    2. If you travel you will meet different races of people. Sekiranya awak melancong awak akan bertemu dengan berbagai bangsa manusia.
  4. orang bandar, orang kampung: As city people they are not used to the kampung environment. Sebagai orang-orang bandar mereka tidak selesa dengan suasana kampung.
  5. rakyat: 
    1. The people of Jordan condemns the war in Syria. Rakyat Jordan mengutuk peperangan di Syria.
    2. That queen has great compassion for her people. Pemaisuri itu mempunyai sifat belas kasihan terhadap rakyatnya.
  6. orang buta, orang bisu, orang kurang upaya: Only blind and deaf people are allowed to use that platform. Hanya orang-orang buta dan bisu sahaja dibenarkan untuk mengguna platform itu.
  7. kaum keluarga, saudara-mara: My grandmother's people came from Perak last night. Kaum keluarga nenek saya tiba dari Perak malam tadi.
  8. pengikut: The king's people followed him in exile: Pengikut-pengikut raja itu mengikutinya di dalam pembuangan negeri.
  9. jurujual: Our salespeople are not doing their job well. Jurujual kita tidak melakukan perkerjaan mereka dengan baik.