Ahad, 27 Januari 2013

When can I fully understand English language?

"When can I fully understand English language? Bilakah saya boleh memahami Bahasa Inggeris sepenuhnya?" Jawapan: "English language can never be understood fully because, just as in any other language, English language is ever evolving. Bahasa Inggeris tidak boleh difahami sepenuhnya kerana, sepertimana bahasa lain, Bahasa Inggeris akan sentiasa berkembang." Oleh itu, jom kita mempelajari maksud-maksud dan penggunaan perkataan when:

Perkataan when sebagai adverb
  1. Bilakah: When will the electrician arrive? Bilakah juruelektrik akan tiba?
Perkataan when sebagai conjunction
  1. sebaik saja: I'll call you when I get there. Saya akan menelefon awak sebaik saja saya tiba di sana.
  2. bila-bila masa: When it rains, the roof starts to leak. Bila-bila masa ia hujan, atap pun mula bocor.
  3. semasa: When Teacher Zack was young, he was always alone. Semasa Teacher Zack kecil, dia sentiasa berseorangan.
  4. walaupun: She went ahead when she should have stopped. Dia meneruskannya walaupun dia sepatutnya berhenti.
  5. jika: How can you lose weight when you don't exercise? Bagaimanakah awak hendak mengurangkan berat badan jika awak tidak bersenam?
Perkataan when sebagai pronoun
  1. bila: Since when did your eldest son started taking drugs? Sejak bila anak sulong awak mula mengambil dadah?
Perkataan when sebagai noun
  1. bila: Do you know the where and when of that show? Tahukah awak mananya dan bilanya pertunjukkan itu?