Isnin, 14 Januari 2013

Bercakaplah seperti di movie dengan perkataan GET

Kalau anda ingin bercakap macam pelakon-pelakon di dalam movie, teruskan membaca.
Perkataan get di dalam idiom
  1. get back memberi maksud:
    1. kembali, berundur: We are under heavy fire, get back, get back! Kami ditentang sengit, berundur, berundur!
    2. pulih, sedar semula, Get back to your senses, we need you, captain. Sedar semula, kami memerlukan awak, kapten.
    3. membalas dendam: The commando is waiting for a chance to get back at his son's killer. Komando itu sedang menunggu peluang untuk membalas dendam terhadap pembunuh anak lelakinya.
  2. get going memberi maksud:
    1. mulakan: Get going, we need to finish this trench by midnight. Mulakan, kami perlu menyiapkan parit pelindung ini pada tengah malam.
    2. mempercepatkan, meneruskan: If we don't get going, we'll never make it in time. Jika kita tidak meneruskan, kita tidak akan sampai pada waktu yang sepatutnya.
Perkataan get di dalam phrasal verb
  1. get ahead memberi maksud mendapat kejayaan: We are getting ahead by determination and tactics. Kami menuju kejayaan dengan keazaman dan taktik-taktik.
  2. get ahead of memberi maksud memintas, maju, melampaui: Don't let the enemy tanks get ahead of us. Jangan benarkan kereta kebal musuh memintas kami.
  3. get about memberi maksud diketahui: It should have been a secret but it got about. Ia adalah sepatutnya suatu rahsia tetapi is telah diketahui.
  4. get across memberi maksud meyakinkan: In order to win this battle you must get across to the troops. Untuk memenangi pertempuran ini awak mesti meyakinkan askar-askar itu.