Rabu, 2 Januari 2013

Kenalilah perkataan For

Pada dasarnya for adalah perkataan jenis preposition. Perkataan for mempunyai maksud yang luas seperti berikut:
  1. kepunyaan, ditujukan atau menyampaikan: There is a phone call for you. Terdapat panggilan telefon untuk awak.
  2. memanfaatkan atau memberi faedah: I did it for you. Saya melakukannya untuk awak.
  3. haluan: The adventurers are heading for the valley. Pengembara-pengembara itu sedang menuju ke arah lembah itu.
  4. jangkamasa: The carpenter has been working for six hours. Tukang kayu itu telah bekerja selama enam jam.
  5. sokongan: Those for the erection of a tower please raise your hands. Sesiapa yang menyokong pembinaan sebuah menara sila angkat tangan.
  6. tujuan atau matlamat: I work only for the money. Saya bekerja hanya untuk duit.
  7. menggantikan: He is a substitute for an injured player. Dia adalah pengganti untuk pemain yang cedera.
  8. waktu tertentu: We have a date for next week. Kami ada temujanji untuk minggu depan.
  9. kewajipan atau tugas: That is for the Director to do. Itu adalah untuk Pengarah melakukannya.
  10. walaupun, sungguhpun atau meskipun: He is a good father, for all his anger. Dia adalah seorang ayah yang baik, meskipun dengan semua kemarahannya.
  11. mengekalkan atau demi: We fight for survival. Kami berjuang demi kewujudan.
  12. penyamaan terus atau demi: The faction leader spoke of the divine scripture word for word, sentence for sentence. Ketua puak telah bercakap mengenai kitab ketuhanan itu perkataan demi perkataan, ayat demi ayat.
  13. untuk menjadi: He is not sure to go for a soldier or to go for a policeman. Dia tidak pasti untuk menjadi seorang askar atau untuk menjadi seorang pegawai police.
  14. balasan: The murderer will be hanged for his crime. Pembunuh itu akan digantung untuk jenayah yang dilakukannya.
  15. merujuk kepada ciri-ciri yang lazim: He is tall for a woman. Dia adalah tinggi untuk seorang wanita.