Rabu, 23 Januari 2013

Time After Time

Time memberi maksud masa (atau waktu). Pernahkah anda mendengar lagu popular 80an Time After Time yang dinyanyikan oleh penyanyi antarabangsa Cindy Lauper? Best juga lagu ni tau. Tahukah anda bahawa frasa time after time adalah sebenarnya idiom? Terdapat banyak idiom-idiom yang menggunakan perkataan time. Idiom-idiom time sering digunakan di dalam perbualan harian dan patut diketahui. Berikut adalah sebahagian daripadanya:
  1. time after time bermaksud masa demi masa: If you're lost you can look and you will find me, time after time. Jika awak kehilangan awak boleh mencari dan awak akan menjumpai saya, masa demi masa. (sebahagian lirik lagu Time After Time :)
  2. time and again juga bermaksud masa demi masa: Time and again I warned you not to go in that cave. Masa demi masa saya telah memberi amaran kepada awak agar tidak memasuki gua itu.
  3. against time bermaksud menentang masa: Let us work against time to finish the manuscript before the deadline. Marilah kita kerja menentang masa untuk menghabiskan manuskrip itu sebelum akhir tarikh tempoh.
  4. at the same time bermaksud pada masa yang sama: He says he loves me but at the same time he frequently leaves me. Dia kata dia mencintai saya tetapi pada masa yang sama dia sering meninggalkan saya. -Kesian :(
  5. at times bermaksud adakalanya: At times I like to listen to Dangdut music. Adakalanya saya suka mendengar muzik Dangdut.
  6. for the time being bermaksud buat masa ini: I am a Science teacher but for the time being I am an invigilator. Saya adalah seorang guru Sains tetapi buat masa ini saya adalah seorang pengawas peperiksaan.
  7. from time to time bermaksud dari semasa ke semasa: Don't forget to visit me from time to time, ok? Jangan lupa melawati saya dari semasa ke semasa, ya?
  8. high time bermaksud sudah sampai masa: It is high time that you started working. Sudah sampai masa untuk awak mula bekerja.
  9. on time bermaksud pada waktunya: Although the bus was late we reached the show on time. Walaupun bas lambat kami tiba ke pertunjukkan itu pada waktunya.
  10. in time bermaksud sebelum masa tamat: Quickly, we need to finish this proposal in time. Cepat, kita perlu menghabiskan cadangan ini sebelum masa tamat.
  11. in no time bermaksud sebentar saja lagi: Don't worry, in no time your beloved actress will appear on stage. Jangan risau, sebentar saja lagi pelakon kesayangan awak akan muncul di atas pentas.
Ok, time to go for Teacher Zack. Ingat ya:
If you're lost (in English language) you can look and you will find me (InfoInggeris), time after time :)