Isnin, 7 Januari 2013

Mengenali perkataan By

Pada dasarnya by adalah perkataan jenis preposition. Berikut adalah maksud-maksud perkataan by sebagai preposition:
  1. di sebelah: Why is that cat siting by the door? Kenapa kucing itu duduk di sebelah pintu?
  2. menggunakan, dibantu oleh: I was surprised that the visitors came by the back road. Saya terkejut bahawa pelawat-pelawat telah datang menggunakan jalan belakang.
  3. melintasi: The gangsters drove by the police station. Samseng-samseng itu telah memandu melintasi stesen polis itu.
  4. di, pada: On our way home we stopped by the bakery. Didalam perjalanan pulang kami singgah di bakeri.
  5. didalam jangkamasa, semasa: I will only go there by day and not by night. Saya hanya akan pergi ke sana pada siang hari dan tidak pada malam hari.
  6. tidak lebih dari: The architect will be at the site by 2.30 PM. Arkitek itu akan berada di tapak tidak lebih dari 2.30 petang.
  7. menggambarkan jumlah, merangkumi, meliputi, melingkungi: The forms came in by the thousands. Borang-borang masuk merangkumi beribu-ribu.
  8. menunjukkan had: My sister is shorter than me by two inches. Adik perempuan saya adalah lebih pendek dari saya sebanyak dua inci.
  9. mematuhi, menurut: In the football match the captain did not play by the rules. Didalam pertandingan bolasepak itu kapten tidak bermain menurut peraturan.
  10. merujuk kepada: We are brothers by blood. Kami bersaudara dengan pertalian darah.
  11. dengan nama, demi: I swear by Allah Ta'ala to tell the truth. Saya bersumpah dengan nama Allah Ta'ala untuk berkata benar.
  12. melalui aksi: The activist was killed by the bullet. Aktivis itu dibunuh oleh sebutir peluru.
  13. berturut-turut: One by one the scouts left the cave. Seorang demi seorang pengakap telah meninggalkan gua itu.
  14. darab: Multiply 2 by 3 to get 6. Darab 2 kali 3 untuk mendapatkan enam.
  15. menunjukkan ukuran: The conference room is 24 by 28 feet. Bilik persidangan itu adalah 24 kali 28 kaki.