Rabu, 9 Januari 2013

Jom belajar perkataan Or

Or adalah perkataan jenis conjunction. Berikut adalah maksud-maksud dan penggunaan perkataan or:
  1. digunakan untuk menyambung perkataan, frasa atau klausa:
    1. Are these books or magazines? Adakah ini buku-buku atau majalah-majalah?
    2. A spy can be a friend or an enemy. Seorang perisik boleh menjadi seorang kawan atau seorang musuh.
  2. digunakan untuk menyambung pilihan yang serupa:
    1. Please take watermelon or banana. Sila ambil tembikai atau pisang.
    2. Are you working as an accounts clerk or administration clerk? Adakah awak bekerja sebagai kerani akaun atau kerani pentadbiran?
  3. digunakan dengan perkataan either atau whether didalam hal korelasi atau hubung kait:
    1. You can turn either left or right. Awak boleh pusing sama ada kiri atau kanan.
    2. Whether Monday or Tuesday is still not late. Sama ada Isnin atau Selasa masih belum lambat.
  4. digunakan dengan perkataan rather untuk memperbetulkan apa yang baru dikatakan:
    1. His music, or rather song compositions, are amazing. Muziknya, atau lebih tepat lagi ciptaan lagunya, adalah hebat.
    2. Don't touch those paintings, or rather my paintings. Jangan sentuh lukisan itu, atau lebih tepat lagi lukisan saya.
  5. memberi maksud kalau tidak, sekiranya tidak, jika tidak:
    1. Come at 7.00 AM, or we'll leave you. Datang jam 7.00 pagi, kalau tidak kami akan meninggalkan awak.
    2. Say please, or I won't give the music CD to you. Kata tolong, kalau tidak saya tidak akan memberi CD muzik itu kepada awak.