Rabu, 18 September 2013

Matanya bertemu dengan mata saya

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: His eyes met mine.

 

Perkataan Bahasa Inggeris meet sebagai verb

Sebagai verb, perkataan meet adalah jenis irregular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to meet (infinitive) - untuk bertemu
  2. meet (base) - bertemu
  3. met (past simple / past participle) - telah bertemu
  4. meeting (present participle) - sedang bertemu
  5. meets (present simple) - (dia/ia) bertemu
Berikut adalah cara penggunaan dan maksud perkataan meet sebagai verb:
  1. meet - menemui, bertemu:
    1. Bolehkah saya menemui awak esok? - Can I meet with you tomorrow?
    2. Di mana sungai bertemu dengan laut. - Where the river meets the sea.
    3. Dia telah bertemu dengan ajalnya. - He met his fate.
    4. Kedua-dua garisan itu bertemu untuk menjadikan suatu sudut. - The two lines meet to form an angle.
  2. meet - berjumpa:
    1. Dimanakah kamu berjanji untuk berjumpa? - Where did you arrange to meet?
  3. meet - bertembung:
    1. Kedua-dua kereta bertembung di antara satu sama lain pada kelajuan yang tinggi. - The two cars met each other at high speed.
  4. meet - membayar:
    1. Adakah awak akan dapat membayar hutang awak? - Will you be able to meet your debt?
  5. meet - memenuhi:
    1. RM50 dapat memenuhi keperluan saya sekarang. - RM50 should meet my immediate needs.
    2. Sila memenuhi semua syarat-syarat dalam kontrak itu. - Please meet all the conditions in the contract.
  6. meet up - berjumpa:
    1. Berjumpa dengan saya di masjid selepas Maghrib. - Meet up with me at the mosque after Maghrib.
  7. meet the eye - kelihatan:
    1. Terdapat lebih di sini daripada yang kelihatan. - There is more here than meets the eye.

Perkataan Bahasa Inggeris meet dalam phrasal verb

  1. meet with - mengalami, ditimpa, mendapat:
    1. Mereka ditimpa kemalangan dalam perjalanan ke rumah. - They met with an accident on the way home.

Perkataan Bahasa Inggeris meet dalam idiom

  1. meet halfway - bertolak ansur, berkompromi:
    1. Mereka telah bersetuju berkompromi untuk menyelesaikan pertelingkahan mereka. - They agreed to meet halfway to settle their dispute.