Selasa, 10 September 2013

Promosi! Ambil dulu, bayar kemudian.

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Promotion! Take first, pay later.


Perkataan Bahasa Inggeris pay sebagai verb

Sebagai verb, perkataan pay dalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to pay (infinitive) - untuk membayar
  2. pay (base) - membayar
  3. payed (past simple / past participle) - telah membayar
  4. paying (present participle) - sedang membayar
  5. pays (present simple) - (dia/ia) membayar
Berikut adalah cara penggunaan dan maksud perkataan pay sebagai verb:
  1. pay - bayar:
    1. Sila bayar bil anda. - Please pay your bill.
  2. pay - beri, memberi:
    1. Sila beri perhatian. - Please pay attention.
    2. Mereka telah memberi penghormatan terakhir - They paid their last respect.
  3. pay - membalas:
    1. Bagaimanakah saya boleh membalas budinya? - How can pay for her kindness?
  4. pay - menerima akibat, padah:
    1. Awak akan menerima akibatnya atas kedegilan awak. - You will pay for your stubborness.
  5. pay - berbaloi:
    1. Adalah berbaloi untuk bersopan santun. -  It pays to be courteous.
  6. pay - menghasilkan:
    1. Pelan simpanan yang menghasilkan 7% faedah. - A savings plan that pays 7% interest.

Perkataan Bahasa Inggeris pay sebagai adjective

Sebagai adjective, perkataan pay memberi keterangan kepada noun seperti berikut:
  1. pay phone - telefon awam:
    1. Shiela telah menggunakan telefon awam untuk menelefon saya. - Shiela used the pay phone to call me.
  2. pay day - hari gaji:
    1. Hair ini hari gaji! - Today is pay day!
  3. pay toilet - tandas bayar:
    1. Tandas bayar ini berharga 40 sen sekali masuk. - This pay toilet is priced at 40 cents per entry.
  4. pay rate - kadar pembayaran
    1. Hanya 3% kadar pembayaran bulanan. - Only 3% monthly pay rate.

Perkataan Bahasa Inggeris pay dalam phrasal verb

Berikut adalah penggunaan perkataan pay dalam phrasal verb:
  1. pay for - menghukum
    1. Dia mesti dihukum atas dosa-dosanya. - He has to pay for his sins.
  2. pay off - membayar dengan sepenuhnya
    1. Sila bayar dengan sepenuhnya hutang awak. - Please pay off all your debt.
  3. pay out - agihkan wang
    1. Sila agihkan wang secara sama rata kepada mereka. - Please pay out to them equally.
  4. pay up - bayar sepenuhnya apa yang dituntut
    1. Penjaga kedai itu telah menuntut awak untuk membayar sepenuhnya sebelum tengahari. - The shopkeeper demanded you to pay up before noon.