Khamis, 5 September 2013

Anda kehilangan pekerjaan? Hubungi kami.

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Lost your job? Contact us.


Perkataan Bahasa Inggeris lose sebagai verb

Sebagai verb, perkataan lose adalah jenis irregular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to lose (infinitive) - (untuk) hilang
  2. lose (base) - hilang
  3. lost (past simple / past participle) - telah hilang
  4. losing (present participle) - sedang hilang
  5. loses (present simple) - (dia/ia) hilang
Berikut adalah cara penggunaan dan maksud perkataan lose sebagai verb dalam Bahasa Inggeris:
  1. lose - hilang:
    1. Saya telah kehilangan kunci kereta saya. - I lost my car keys.
    2. Saya telah kehilangan pekerjaan. - I lost my job.
    3. Puan Marina telah kehilangan lima kilogram dalam program senaman itu. - Puan Marina lost five kilograms in that exercise program.
    4. Saya tidak mahu kehilangan awak. - I don't want to lose you.
  2. lose - kematian:
    1. Isteri saya telah meninggal dunia dalam kemalangan itu. - I lost my wife in that accident.
  3. lose - musnah:
    1. Kedua-dua pesawat telah musnah dalam pertempuran itu. - Both planes were lost in that battle.
  4. lose - terlepas:
    1. Saya telah mengejar pencuri itu tetapi dia terlepas. - I chased the thief but I lost him.
  5. lose - terbuang:
    1. Jika saya tunggu di sini, saya akan terbuang 15 minit dari masa saya. - If I wait here, I will lose 15 minutes of my time.
  6. lose - tewas, kalah:
    1. Kami telah tewas dalam pertandingan catur semalam. - We lost the chess tournament yesterday.
    2. Mereka sedang mengalami kekalahan dalam kes mahkamah itu. - They are losing the court case.
  7. lose - rugi:
    1. Awak akan rugi jika awak tukar lokasi gerai awak. - You will lose if you relocate your stall.
  8. lose - tidak dapat mengawal:
    1. Dia tidak dapat mengawal kemaharan dan telah memukul anak lelakinya. - He lost his temper and beat his son.
    2. Zaleha tidak dapat mengawal pemikirannya. - Zaleha is losing her mind.
  9. lose - sesat:
    1. Siti telah sesat apabila dia sedang memandu ke Melaka. - Siti lost her way while she was driving to Melaka.
  10. lose (your) grip - hilang keupayaan atau kebolehan:
    1. Dia berumur 60 tahun dan dia sudah tidak berkebolehan dalam pekerjaannya. - He is 60 years old and he is losing his grip in his job.
  11. lose out to - tewas atau tidak dapat menyaingi:
    1. Kedai-kedai kecil itu tidak dapat menyaingi syarikat-syarikat besar itu. - The small shops are losing out to the bigger companies.
  12. lose on - rugi dalam:
    1. Dia telah rugi dalam pertaruhan itu. - He lost on the bet.
    2. Dia telah rugi beribu ringgit dalam pertaruhan itu. - He lost thousands of ringgit on the bet.
  13. lose (your) hold on - tidak dapat mengawal:
    1. Jika dia tidak menunjukkan kasih sayang terhadap anak-anaknya, dia tidak akan dapat mengawal mereka. - If she doesn't show love to her kids, she will lose her hold on them.
  14. lose hold of - terlepas dari pegangan:
    1. Kunci saya terlepas dari pegangan saya. - I lost hold of my keys.
    2. Dahan itu terlepas dari pegangan saya dan saya terjatuh ke bawah. - I lost hold of the branch and I fell to the bottom.
  15. lose (yourself) in - asyik:
    1. Dia asyik mendengar muzik apabila pencuri itu masuk ke dalam rumah. - She lost herself in the music when the thief came into the house.

Perkataan Bahasa Inggeris lose dalam phrasal verb 

  1. lose out - rugi:
    1. Jika Mr. Jonathan mengambil alih syarikat itu, kita akan rugi. - If Mr. Jonathan takes over the company, we will lose out.

 Perkataan Bahasa Inggeris lose dalam idiom

  1.  lose face - jatuh maruah:
    1. Beritahu pelatih-pelatih itu kesilapan mereka tetapi jangan menjatuhkan maruah mereka. - Tell the trainees their mistakes but don't cause them to lose face.