Isnin, 30 September 2013

Cara membina ayat yang merujuk kepada sesuatu perkara secara khusus

Lihat ayat-ayat berikut:
  1. Cats are cute. - Kucing adalah comel.
  2. That cat is cute. - Kucing itu comel.
Dalam ayat 1, cats (kucing) dirujuk secara umum. Dalam ayat 2, perkataan that telah menyebabkan cat (kucing) dirujuk secara khusus, iaitu that cat (kucing itu).

Perkataan that dipanggil determiner. Determiner digunakan untuk memberi penunjuk kepada noun. Berikut adalah jenis-jenis determiner yang anda boleh gunakan untuk memberi penunjuk kepada noun secara khusus:
  • Definite article: the
  • Possessive adjective: my, your, his, her, its, our, their, whose
  • Demonstrative adjective: this, that, these, those
  • interrogative: which
Contoh-contoh ayat:
  • The book is on that table. - Buku itu di atas meja.
  • Is her blouse torn? - Adakah bajunya terkoyak?
  • Whose car did you drive? - Kereta siapakah yang awak telah memandu?
  • I carried these chairs to the hall. - Saya telah mengangkat kerusi-kerusi ini ke dewan.
  • Do you know which printer is not functioning? - Tahukah anda pencetak yang manakah tidak berfungsi?
Perhatikan bahawa setiap perkara (noun) iaitu book, table, blouse, car, chairs, hall dan printer telah dirujuk secara khusus dengan penggunaan determiner seperti the, her, whose, these atau sebagainya. Perhatikan juga bahawa determiner berada dihadapan noun.

Kesimpulan: Gunakan determiner (yang tersenarai di atas) untuk membina ayat yang merujuk kepada sesuatu perkara (noun) secara khusus.

Cara menggunakan article a, an dan the sebagai determiner terdapat dalam ebook Sinaran Kata.