Sabtu, 21 September 2013

Teruskan perjuangan anda

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Continue your struggle.


Perkataan Bahasa Inggeris continue sebagai verb

Sebagai verb, perkataan continue adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to continue (infinitive) - untuk menyambung
  2. continue (base) - menyambung
  3. continued (past simple / past participle) - telah menyambung
  4. continuing (present participle) - sedang menyambung
  5. continues (present simple) - (dia/ia) menyambung
Berikut adalah maksud perkataan continue sebagai verb:
  1. meneruskan, diteruskan:
    1. Selepas meninggalkan Jakarta, kami meneruskan perjalanan ke Medan. - After leaving Jakarta, we continued to Medan.
    2. Permainan itu diteruskan selepas berhenti rehat selama 15 minit. - The game continued after a 15-minute break.
    3. Untuk meneruskan misi ini adalah berbahaya. - To continue this mission is dangerous.
  2. terus:
    1. Kami berharap awak akan terus bekerja di sini. - We hope you will continue to work here.
    2. Dia terus Solat seolah-olah dinding masjid itu tidak runtuh. - He continued to Solat as though the wall of the mosque did not fall.
    3. Ahmad terus mencuba. - Ahmad continues on trying.
    4. Teruskan berjuang! - Continue fighting!
  3. menyambung:
    1. They shall continue the meeting after lunch. - Mereka akan menyambung mesyuarat itu selepas makan tengahari.
    2. Adakah awak akan menyambung permainan itu kemudian? - Are you continuing the game later?
  4. berterusan:
    1. Jalanraya ini berterusan sejauh 9 kilometer. - This road continues for 9 kilometers.
    2. Situasi ini tidak sepatutnya berterusan selama-lamanya. - This situation should not continue forever.
  5. berlanjutan, melanjutkan:
    1. Peperangan itu berlanjutan selama 12 tahun. - The war continued for 12 years.
    2. Rosli ingin melanjutkan pelarajannya di universiti ini. - Rosli wants to continue his studies in this university.

Perkataan-perkataan yang berkaitan dengan perkataan Bahasa Inggeris continue

  1. continuable (adjective) - boleh disambung:
    1. Ini adalah permainan komputer yang boleh disambung. - This is a continuable computer game.
  2. continuingly (adverb) - secara berterusan:
    1. Siti menangis secara berterusan sehingga pagi. - Siti continuingly cries until morning.